Malam pulak lepak kat kedai mamak, tengok skrin besar untuk perlawan Johor DT lawan Pahang DM via Astro arena. Dari pukul 8.30pm, tunggu punya tunggu... punya tunggu... punya la tunggu sampai dah masuk lapan belas kali commercial break, tak jugak start game nih. Buang karen betul.
Alahai penonton, ramai yang dok masuk ke trek dan dekat sgt dgn padang, camne game nak start. Kecoh betul. Polis dan FRU terpaksa dikerah untuk pastikan semua penonton yang menyibuk kat kawasan trek dan dekat tepi padang masuk ke kawasan penonton di sebelah pagar sinun.
Dalam pada polis dan FRU dok sibuk arahkan penonton masuk ke kawasan penonton, ada la pulak makhluk tuhan paling seksi (tak pakai baju) yang selamba derk aje masuk ke kawasan padang tuh dan melepaskan hajat. Tak senonoh betul. hahaha.....
Glamer kucing nih. Satu Malaysia dok tengok dia dan tak de sape berani halau dia keluar padang, tak macam penonton lain yg menyibuk tuh... kekekeke.....
9.45pm, pemain-pemain Pahang mendahului dengan muncul di tengah padang buat warm up. Tungu dan tunggu lagi, tak der tanda-tanda pemain Johor nak keluar dari bilik persalinan. Hampeh betul.
Dekat kul 10.00mlm, Ketua Polis Daerah Kuantan buat pengumuman yg perlawanan selamat untuk diteruskan. Tapi pemain Johor mogok tak nak keluar jugak. Maybe faktor keselamatan kot.
Pastu ada la pulak entah mangkuk ayun mana yang dok baling beberapa objek kat penyokong Johor menyebabkan penyokong Johor keluar stadium nak carik sape la mangkuk yg buat dajal tuh. Ada gak yang belah ke padang tanda protes. Kecoh la balik. Last-last, diumumkan bahawa perlawanan bolasepak separuh akhir Piala FA 2013 antara Johor DT vs Pahang DM ditunda.
Pengumuman akan dibuat minggu depan mengenai tarikh, masa & tempat perlawan. Moga2 buat kat KL. Boleh I menyibuk kat stadium... huhuhu...
Dari pengamatan Hanna yang mata agak rabun ni, berdasarkan jumlah penontoh yang melimpah kat kawasan trek masa kul 8 lebih tu, dan berdasarkan kepenuhan semua tempat duduk, seolah-olah ada ramai org yg dpt tiket ekstra (tiket hantu la tu. yang beli, innocent ingat tiket betul kot pastu masuk tak der tempat).
FAM kena cepat cari solusi untuk keadaan macam ni. Dan penyokong pun patut di beri kesedaran sivik supaya ikut arahan (tak leh berada luar pagar penonton) & tak leh baling objek kat penyokong pasukan lawan. Kalau nak sangat baling jugak, baling la berbakul-bakul duit. Kalau tak mampu baling sebakul penuh duit RM50, baling sebakul duit RM1 pun jadi la. Boleh gak buat beli air minum. hehehe......