Oleh Boo Su-Lyn, Emily Ding dan Ida Lim
KUALA LUMPUR, 10 Mei — Pemimpin Barisan Nasional (BN) sedang memikirkan beberapa idea, termasuk memberi nama baru kepada gabungan pemerintah itu, untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat selepas hilang undi popular dalam Pilihan Raya 2013, minggu lalu.
Ahli Parlimen Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengatakan nama BN telah menjadi sinonim dengan rasuah, isu yang menyebabkan golongan kelas menengah dan pengundi bandar beralih dari mengundi gabungan pemerintah itu dalam pilihan raya umum ke 13.
“Saya percaya, selepas 40 tahun, Barisan Nasional telah hidup lebih lama dari peranannya, jadi kita perlukan gabungan baru — mungkin 1Malaysia,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk perpaduan kaum.
“Bagi saya kita perlu ada nama baru untuk gabungan, seperti apa yang Tun Razak lakukan pada 1974, Perikatan dilibatkan dengan rusuhan pada 1969. Untuk mengubah persepsi, beliau mengubahnya kepada BN,” tambah beliau.
BN kehilangan undi popular dalam pilihan raya umum 5 Mei buat pertama kali semenjak 1969, ketika mereka masih Perikatan. Rusuhan kaum 13 Mei berlaku tiga hari selepas pilihan raya umum 1969 yang menyaksikan rekod peningkatan undi bagi pembangkang.
Di bawah pentadbiran perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, Perikatan bersama dengan parti politik lain membentuk BN, berjumlah 13 parti semasa 1974.
Nazri juga menyatakan orang muda faham tujuan penubuhan Pakatan Rakyat (PR) selepas “tsunami politik” dalam Pilihan Raya 2008, tetapi tidak BN.
“Pengundi berumur 50 tahun ke bawah, mereka tidak faham tentang BN lagi, jadi kita kena berubah,” kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu.
“Pakatan Rakyat adalah nama baru — wain lama dalam botol baru. Pelawak di belakang Pakatan Rakyat masih orang lama — Karpal Singh, Kit Siang, Anwar. Ia adalah wain lama dalam botol baru, jadi kita perlu melakukan perkara sama untuk BN,” tambah beliau merujuk kepada veteran DAP Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara kempen Pilihan Raya 2013 BN menumpukan kepada menjaga keamanan dan keselamatan, PR menjanjikan menghapuskan rasuah dan kronisme di bawah slogan nyaring “Ubah”.
BN kehilangan tambahan tujuh kerusi Parlimen kepada PR dalam Pilihan Raya 2013, mendapat 133 kerusi berbanding PR 89, selain itu hanya mendapat 47 peratus undi popular berbanding PR 51 peratus.
Anwar mengetuai perhimpunan puluhan ribu rakyat di Petaling Jaya pada Rabu untuk membantah penipuan undi dalam pilihan raya umum yang beliau katakan menyebabkan BN terus berkuasa.
Pengarah Strategi MIC S. Vell Paari mengatakan BN tidak seharusnya menafikan jumlah besar yang hadir dalam perhimpunan tersebut yang mempersoalkan legitimasi kerajaan.
“Kita harus mencari maksud dan jalan untuk menangani beberapa rasa tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya. Jika kita tidak tangani, sudah tentu ia akan menjejaskan peluang kita dalam pilihan raya akan datang,” kata Vell kepada The Malaysian Insider.
“PRU14 akan menjadi penentu. Empat, lima tahun akan datang, jika kita tidak merombak dan menagani kebimbangan rakyat, saya tidak terkejut jika lebih sukar bagi BN dalam pilihan raya tersebut,” tambah beliau.
Akan tetapi Vell Paari mengatakan akan menjadi “sukar” bagi BN untuk mencadangkan penyelesaian tentang ketidak percayaan umum kerana: “Pada ketika ini, tidak kira apa pilihan atau jalan yang diambil kerajaan, rakyat tetap tidak akan percaya kepada kerajaan.”
Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan walau bagaimanapun melahirkan kebimbangan dengan protes rakyat, mengatakan: "Jika ia semakin merosot ke sesuatu yang melimpah ke jalan-jalan ... Saya benar-benar bimbang untuk keselamatan negara."
Pengerusi BN Selangor Datuk Donald Lim mengakui BN hilang kepercayaan orang awam, menegaskan ketelusan dan penglibatan rakyat adalah penting untuk memenangi kembali pengundi.
“Negara dalam tempoh transisi dan ia masih dalam proses membangun,” kata Lim kepada The Malaysian Insider.
“Adalah satu kebiasaan dalam tempoh ini lebih ramai orang berpelajaran dan golongan berijazah muda mahu tahu lebih. Dan mereka melihat kepada kepimpinan yang lebih telus dan bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa,” tambah beliau.
Datuk Heng Seai Kie dari biro publisiti MCA merayu kepada pengundi untuk memberikan lebih banyak masa kepada Najib untuk mengubah pentadbiran negara, mengatakan: “Program transformasi beliau bermula tiga tahun lalu, jadi beliau hanya ada tiga tahun.”
CHECK OUT THESE STORIES TOO
- DAP sokong Anwar kekal sebagai ketua pembangkang, kata Kit Siang
- PR akan bentuk kerajaan pusat jika menang petisyen, kata Kit Siang
- Keputusan PRU13 petanda Dr M sudah tidak berpengaruh
- Anwar berikrar tak akan mengalah sehingga keputusan PRU13 disahkan
- ‘Jawatan Ketua Pembangkang bukan isu, keputusan PRU13 masih diragui’
- USIA TIDAK HALANG SAYA BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT - YAP PIAN HON
- Pertubuhan Cina: Kurangnya muka Cina dalam Kabinet bukanlah satu isu
-
Lim Kit Siang taks to the crowd gathered …Malaysiakini
-
Lim Kit Siang poses with participants of …Malaysiakini
-
Kit Siang: Ketua Pembangkang perlu setaraf …The Malaysian Insider
1 - 4 of 105
MORE ELECTION STORIES
- Perak Mufti calls non-Malays bigots, claims Anwar used to colonise Malays The Malaysian InsiderKUALA LUMPUR, May 14 — Perak Mufti Tan Sri Harussani Zakaria has accused non-Malays of racial bigotry and using Datuk Seri Anwar Ibrahim to conquer Malays. More »
- Khalid Ibrahim sworn in as Selangor MB The Malaysian InsiderSHAH ALAM, May 14 — After a week of speculation, Tan Sri Khalid Ibrahim finally received his appointment letter from Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah this morning and was sworn in for his More »
- BN’s reduced wins put spotlight on ‘war room’ strategists The Malaysian InsiderKUALA LUMPUR, May 14 — Questions are being asked about Barisan Nasional’s (BN) “war room” strategists whose plans with a substantial budget did not appear to stop the ruling coalition from losing More »
Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.
SPONSORED LINKS
- Ex-judge warns Chinese of Malay backlash for betrayal against BN The Malaysian Insider
- Anwar: Ex-judge’s ‘racist’ warning to Chinese would make Hitler proud The Malaysian Insider
- Anwar berikrar tak akan mengalah sehingga keputusan PRU13 disahkan The Malaysian Insider
- ‘Apa lagi Kit Siang mahu?’ soal Utusan The Malaysian Insider
TODAY ON YAHOO!
1 - 8 of 44
1 - 4 of 5
No comments:
Post a Comment