Muzik Rencah Kehidupan

Welcome to my blog. Hope you enjoy all the lyrics that I shared here. Muzik rencah hidupku.

Your comments are most welcome. :)

Monday, January 26, 2015

Senarai Kutipan Filem Tertinggi Dan Terendah Tahun 2015 as at (10/2/2016)

Dengan harapan tahun 2015 bakal melakar sejarah yang manis untuk industri seni tanahair, Hanna pun semangat nak senaraikan kutipan Filem Melayu yang ditayangkan di pawagam Malaysia tahun ini.

Macam biasa, filem yang mengutip kurang daripada RM300 ribu akan disenaraikan dalam Filem Dengan Kutipan Terendah manakala filem yang kutip lebih RM2 juta akan diletakkan dalam senarai Filem Dengan Kutipan Tertinggi.

Jangan rasa sasaran kutipan RM2juta tu terlalu tinggi untuk di capai kerana itulah lebih kurang kadar minima  yang patut dikutip daripada tayangan pawagam untuk membuatkan filem tersebut boleh balik modal. Ini adalah kerana lebih kurang separuh duit kutipan panggung tu adalah milik pemilik panggung wayang tersebut manakala yang lebihnya jadi milik penerbit filem.  Jadi kalau penerbit keluar modal RM1.5juta..... fikir sendiri la berapa yang patut dikutip di panggung, ye tak. Nak lebih lagi, penerbit kene la pulak tayang kat Astro First atau jual kat oversea jika filem tersebut bermutu.  Tahun lepas cuma 2 aje filem Melayu yg kutip lebih RM2 juta.... so macamana dengan filem2 lain tahun lepas??? Terutama yang kutip kurang daripada RM300 ribu???? Perit jadi penerbit bila modal RM1.5 juta tapi kutipan selepas bahagi dengan pemilik pawagam cuma RM150 ribu sahaja.  Harap penerbit dpt bersabar dan buat filem lebih bermutu, moga kutipan memberangsangkan tahun ini.

Kutipan Terendah Filem Melayu 2015 (kurang RM300 ribu) LOW COLLECTION
No./ Filem / Kutipan / Jumlah Hari Tayangan / Penerbit / Pengarah
1.    Jendela                    RM11.97 ribu (14 hari) - Genius Parade - M Subash
2.    Dia                           RM12.67 ribu (7 hari) - Galaksi Seni S/B - M. Jamil
3.    Misi Rayyan & Danish RM12.8 ribu(14 hari) - Mangkin Prestij S/B- Mohd Azromi Ghozali
4.    Biasan                     RM20.3 ribu (19 hari) - Janu Talkies S/B - Sandosh Kesavan
5.    Sinaran       RM21.3 ribu (14 hari)- Nuansa SB, Shooting Galery Asia, Sinaran Pic- Osman Ali
6.    Ciliwug Goodnite    RM25.3 ribu (14 hari) - Sheunik S/B -
7.    Oh! La La                RM36.6 ribu (12 hari) - Infinite Motion Sdn Bhd -
8.    Mirip                       RM43.4 ribu (14 hari ) - Green Screen Production S/B - Jokin
9.   Selfie Suara Kubur RM73.5 ribu (14 hari) - Genius Parade S/B - M Subash
10.  Nota                           RM80 ribu (14  hari) - 42nd Pictures S/B - Yasu Tanaka
11.  Kapsul                      RM96.6 ribu (12 hari) - Two Tones S/B - Mathias
12.  Pontianak Menangis RM98.3 ribu (9 hari) - Heart N Soul S/B - Ismail Jejaka
13.  Coverina                  RM129.7 ribu (14 hari) - SPS Jaya S/B - Khalid Nadzri
14.  Sunti@Facebook    RM129.5 ribu (14 hari) - Nusantara Seni Karya S/B - James    
15.  Usop Wilcha MMM RM130.5 ribu (18 hari) - Mounting Board Prod S/B - Mamat Khalid
16.  Ada Apa Dekat Bus Stop RM145.7 ribu (14 hari) - Katak Hijau Ent S/B - Ikhzal Azrafil
17.  Jejak Warrior          RM182.3ribu (14 hari) - U2 Media S/B - Saw Teong Hin
18.  Abang Lejen           RM190 ribu (14 hari) - Mangkin Prestij S/B - Mohd Azaromi Ghazali
19.  Suamiku Jatuh Dari Langit RM231 ribu (19 hari) - MIG Pictures - Eyra Rahman
20.  Rumah Pusaka Di Simpang Jalan RM250.6 ribu (11 hari) - Ariabella Sdn Bhd - Mamat Khalid
21.  CCTV                      RM250.9 ribu (14 hari) - Cinemaya Studios S/B - Daven R
22.  Apartment  RM265.6 ribu (14 hari) - Rainfilm S/B - Pierre Andre


Kutipan Tertinggi Filem Melayu 2015 (melebihi RM2 juta) TOP COLLECTION
No./ Filem / Kutipan / Jumlah Hari Tayangan / Penerbit / Pengarah
1.  Polis Evo                             RM17.5 juta (60 hari) - Astro Shaw - Ghaz Abu Bakar
2.  Suamiku Encik Perfect 10 RM2.99juta (33 hari) Astro Shaw -
3. Vila Nabila  RM2.81juta (21 hari) - Skop Production &Viper Studios Sdn Bhd - Syafiq Yusof
4. Cicakman 3 RM2.56juta (21 hari) - KRU Studios - Yusry Abd Halim


Jom ke panggung dan semarakkan Filem Melayu. Jangan asyik berbangga dengan filem asing kerana filem kita pun ada yang bermutu juga.


Nota ISA (Ikut Suka Aku)
********************
10/2/16
Sori la yea, lama betul Hanna tak update kat sini.  Sebagai penutup Senarai Kutipan Filem Tertinggi dan Terendah 2015, Hanna update kan di sini agar posting ni tak le tiada ending nya bak kata orang...

Aduhai... sakitnya hati!!!! sedang sibuk nak update blog ni, Hanna dapati ada satu blog yang sedap-sedap aje copy and paste isi kandungan posting Hanna ni dari awal sampai la ke komentar Hanna di ruangan bawah ni... Aduyaiii... kok iya pun.... tak boleh ke tulis blog sendiri, sesuka hati aje copy and paste dah le tak mintak izin, Hanna punya komen pun dia copy jugak.  Jadi la manusia yang budiman, insah berhemah, bukan penyamun yang main redah. Kalau nak ambil info kat dalam ni mintak izin la dulu jika info tu Hanna yang punya. Untuk info lain, boleh tak blogger tu semak kat Finas ke, surat khabar ke... jangan main cedok orang punya usaha. Hanna buat blog dan posting ni walaupun suka-suka, Hanna tak petik info dari pokok bunga ros dan mahkota dewa yang Hanna tanam tau! Hanna usaha cari info. Yang korang malas nak cari info dan ambil jalan mudah copy blog orang lain ni kenapa?. Ishhh!!! geram betullah!!!! Grrrr!!!

Untuk blog : katakau2u.blogspot.my  : JANGAN COPY PASTE hasil blog orang lain tanpa izin.

8/12/15
Filem Juvana mungkin boleh masuk senarai Filem Dengan Kutipan Melebihi RM2juta jika terus ditonton penggemarnya kerana sekarang kutipan dah lebih RM1.2juta. Sementara itu filem Mirip telah sah masuk senarai Filem Kutipan Terendah Bawah RM300 ribu apabila cuma mampu mengutip RM43.4 ribu sahaja.  Apakah filem Biasan bakal menerima nasib yang sama kerana kutipan setakat 10 hari tayangan cuma RM19.5 ribu?  Kita tunggu update dari Finas la yea sebab setakat 8/12/15 ni last Finas update list mereka pada 27/11/15. Dah dua minggu mereka agak sibuk kot maka tak sempat nak update.  Tapi Hanna letakkan Biasan tentatively kat dalam senarai jugak sebab momentum untuk meningkat agak lemah. Moga ada peningkatan lepas ni yea. peace yo.

13/11/15
Filem Jwanita tak dapat masuk senarai Filem dengan kutipan tertinggi melebihi RM2 juta kerana kutip hampir RM1.5 juta sahaja.  Sementara itu filem Polis Evo masih ditayangkan di pawagam. Untuk minggu ini tiada yg masuk senarai Filem dengan Kutipan Terendah mahupun Tertinggi.

31/10/15
Polis Evo terus menguasai carta box office filem Melayu dengan kutipan RM16.89juta setakat 29/10/15. Hujung minggu ni pasti ada kutipan lagi, menambahkan jumlah sedia ada.  Tahniah!!!

21/10/15
Filem Polis Evo meletup di pasaran.. Khabarnya dah menyaingi kutipan The Journey. Tapi di website Finas belum dikemaskini jumlah kutipan. Di website Finas, kutipan setakat yg dikemaskini 12/10/15 adalah RM10.77juta.  Tahniah untuk team yang menjayakan Polis Evo.

6/10/15
Dalam pada kesuraman dunia perfileman kita dari segi kutipan di mana 16 filem setakat 6/10/15 kutip kurang daripada RM300 ribu, filem Polis Evo tiba-tiba meledak di pasaran. Khabarnya dah kutip RM12 juta, tapi Hanna senaraikan kutipan yang Finas kemaskini je la. Tunggu la Finas update yea.  Tahniah untuk Polis Evo.  Bravo juga untuk Filen Bravo 5 kerana genre filem yang berlainan dari kebiasaan dan kutipannya melepasi tahap RM300 ribu dan tidak tersenarai di dalam Filem yang rendah kutipannya.

17/9/15
Kita ada 12 buah filem yang kutipannya kurang daripada RM300 ribu. Finas belum kemaskini kutipan filem Misi Rayyan dan Danish. Hanna akan update list kerana kemungkinan filem itu pun akan masuk senarai filem dengan kutipan kurang RM300ribu.

28/8/15
Hmmm, terlepas pandang pasal CCTV beberapa hari lepas. CCTV kutip RM250K, so, Hanna masukkan ke dalam list ini hari ni.  NOTA filem psychological thriller yang menarik tapi nampaknya penonton Malaysia kurang menggemari cerita-cerita sebegini. Since kutipannya tak memberangsangkan, Hanna kene masukkan dalam senarai. Tunggu Finas update last figure untuk Ciliwug dan Nota sebab filem2 ni dah tamat tayangan.

25/8/15
Lamanya tak update blog sebab sibuk. Rupa-rupanya suram juga filem Melayu sepanjang Hanna sibuk ni. Nampaknya filem tayangan raya tak membawa pulangan memberangsangkan. Selalunya yang rajin gi tengok wayang time raya adalah remaja dan golongan muda, demografik umur antara 16-30an tahun. Mungkinkah kelembapan ekonomi membuatkan golongan muda ni tak berminat nak ke panggung lagi atau apakah tiada filem melayu yang kena dengan citarasa mereka? Mmm... susah nak jawab tu..... Hanya 3 filem berjaya kutip lebih RM2 juta dan dah hampir 10 filem duduk dalam senarai kutipan kurang RM300 ribu. Hanna kata hampir adalah kerana Ciliwug Goodnite masih ditayangkan... tapi Hanna masukkan dalam list ni sebab kutipan awalnya cume RM25 ribu untuk 12 hari tayangan.  Apa-apa pun, Hanna kemaskini senarai berdasarkan senarai yang dikeluarkan Finas. Kalau ada yang tak puas hati, kene refer Finas sendiri ya.

31/7/15
Selamat Hari Raya. Selamat Hari Pahlawan. Masih dalam mood raya, namun nampaknya Filem raya macam tak berapa nak laku kat panggung. Kutipan Suamiku jatuh dari langit cuma RM83 ribu utk 5 hari tayangan manakala Gangsterock pula kutip RM44 ribu untuk 5 hari tayangan.  Apakah golongan muda kita dah bosan nak tengok wayang musim raya ni? Sedangkan selama betahun-tahun, musim raya adalah musim filem boleh buat duit.... mmmmm. Adakah filem Suamiku Jatuh Dari Langit dan Gangsterock boleh melepasi kutipan RM300 ribu untuk tidak disenaraikan dalam carta Kutipan Filem Melayu terendah 2015? Kita tunggu seminggu dua lagi ya.

27/6/15
Mood puasa.....
Nampaknya Gamatisme dan Darah panas berjaya mengelakkan diri dari masuk ke dalam senarai filem dengan kutipan bawah RM300ribu sebab masing-masing kutip lebih sikit daripada RM300 ribu. Tak ada filem yang kutip RM2 juta ke atas nampaknya.... mungkin lepas raya nanti ramai kepanggung dan beri sokongan untuk filem tempatan.
Hanna menunggu filem Bravo 5 (bakal tayang bulan 10 nanti) atas sebab kelainan genre yang dibawa. Moga Bravo 5 dapat kutipan yang memberangsangkan.
Adios!

29/5/15
Jangan marah bila Hanna senaraikan file Dia dan filem Jendela di nombor 1 dan 2 sebagai filem dengan kutipan terendah walaupun filem ini belum habis tayang lagi. Berdasarkan kutipan 4 hari tayangan yang cuma mengutip kurang RM6 ribu, Hanna rasa agak sukar untuk filem ini meraih kutipan melebihi RM300 ribu untuk keluar daripada senarai di sini. Harap maklum ya, nombor 1 dan 2 dalam senarai ini belum finalized lagi, tunggu hingga selesai tayang. Segalanya mungkin berubah.
Sementara itu tak ada filem yang kutip lebih RM2 juta selepas filem Cicakman 3. Filem Pilot Cafe tak mampu meraih tinggi macam Suamiku Encik Perfect 10 apatah lagi Ombak Rindu.  Walau bagaimana pun, kutipan Pilot Cafe boleh tahan juga sebab di panggung dapat RM1.69 juta... tu belum lagi kutipan kat Astro First dan jual kat tempat lain. Apa-apa pun, jom meriahkan industri filem kita dengan pergi menonton wayang filem Melayu hujung minggu ini.  Cayang korang, :)

12/5/15
Oppss.... Hanna letakkan filem Abang Lejen dan Selfie Suara Kubur kat senarai kutipan kurang RM300 ribu walaupun belum habis tayang. Filem Abang Lejen kutip RM190 ribu untuk 14 hari tayang manakala filem Selfie Suara Kubur dah kutip RM72ribu untuk 4 hari tayangan, peluang nak kutip lebih RM300 ribu dipanggung agak kurang jika momentum minggu pertama adalah lemah.  Filem Pilot Cafe pula ada harapan untuk masuk senarai kutipan melebihi RM2 juta sebab untuk 8 hari tayangan dan kutip RM1.25juta. Apa-apa pun, tunggu je la kemaskini oleh Finas minggu depan.

16/4/15
Tahniah untuk filem Cicakman 3 sebab berjaya masuk senarai filem dengan kutipan melebihi RM2 juta di panggung. Kini dah ada 3 filem melebihi kutipan RM2 juta. Meriah sikit industri perfileman tahun ni sebab tahun lepas cuma satu filem yang masuk senarai untuk tempoh yang sama. Buat masa ini belum ada filem kutip kurang daripada RM300 ribu selepas Sunti@facebook. Cerah sikit industri filem sekarang.

2/4/15
Masih menantikan kutipan filem Usop Wilcha Vs Warewolf dari Bangladesh dan Cicakman 3. Kutipan Usop Wilcha RM150 ribu utk 4 hari tayangan (as at 9 March). Ni dah masuk April, Finas belum update lagi website mereka. Kutipan Cicakman 3 yang dikhabarkan dan berjuta pun belum di upate lagi. Tunggu je la.

17/3/15
Nampak gaya, Gudang Kubur tak dapat kutip RM1juta di panggung.  Kutipan filem Sunti@Facebook macam tak berapa memberangsangkan. Adakah filem ini akan masuk senarai dengan kutipan terendah? kita tunggu update minggu depan (kalau finas update setiap minggu la....)

6/3/15
Nampaknya kutipan 2 bulan pertama tahun ini agak bagus berbanding tahun lepas sebab baru satu filem tersenarai di kelompok kutipan bawah RM300ribu manakala 2 filem dah berjaya kutip lebih RM2 juta.  Filem Bangunan berjaya mengelak daripada masuk senarai kutipan terendah apabila berjaya kutip RM301ribu untuk 8 hari tayangan.  Sementara itu filem Gudang Kubur ada potensi untuk kutip RM1 juta. Kita tunggu update minggu depan ya.


25/2/15 - Filem Suamiku Encik Perfect 10 masuk ke senarai filem dengan kutipan melebihi RM2 juta.  Tahun ini filem kita bagai kembali bernafas sebab baru masuk bulan 2 dah 2 filem masuk ke senarai Filem dengan kutipan melebihi RM2 juta. Berbanding tahun lepas, sepanjang 12 bulan hanya dua filem sahaja dapat masuk kategori tersebut.

Sementara itu, filem Bangunan masih mencari-cari penonton.  Setakat ini sambutan belum menggalakkan.  Jika situasi berterusan, adakah filem Bangunan akan masuk ke senarai filem dengan kutipan kurang daripada RM300 ribu? Kita tunggu minggu depan ya.

11/2/15 - Filem Syafiq Yusof, Vila Nabila berjaya masuk ke senari filem dengan kutipan melebihi RM2 juta.  Sementara itu filem Romeo Kota (Kriptik) terlepas daripada masuk senarai filem kutipan terendah (bawah RM300ribu) sebab dapat kutip RM349 ribu. Sama halnya dengan filem Puaka Balai Gombak yang dah kutip RM380ribu untuk 8 hari tayangan.

Sementara itu, mungkinkah filem Suamiku Encik Perfect 10 bakal masuk ke senarai filem kutipan tinggi sebab sekarang dah kutip lebih sejuta? Kita tunggu saja minggu depan punya update.  Please take note yang Hanna hanya gunapakai kutipan yang dinyatakan di website Finas, so kalau blog lain kata Suamiku Encik Perfect 10 dah kutip RM3juta pun, Hanna tak kira la ya.


Nota 26/1/15:
Filem Villa Nabila macam ada harapan untuk masuk senarai filem dengan kutipan tertinggi sebab baru 6 hari dah kutip RM1.28 juta. Apa-apa pun kita tunggu je la perkembangan minggu depan.

Adios!!!