Muzik Rencah Kehidupan

Welcome to my blog. Hope you enjoy all the lyrics that I shared here. Muzik rencah hidupku.

Your comments are most welcome. :)

Wednesday, May 8, 2013

PRU13 - Anak Melayu, bangkitlah!


RENCANA   

Anak Melayu, bangkitlah! – Shazuan Ali

MAY 07, 2013
7 MAY – Kenapa mesti kita sibuk melaungkan kata keamanan kalau dalam mecari keamanan dan kesejahteraan itu sendiri kita masih mempejuangkan hak kaum persendirian? Ini bukan penulisan perkauman atau hasutan. Ini penulisan mudah cuba memberi faham.
Masyarakat cina menguasai peratusan besar ekonomi  Malaysia dan sekarang seperti yang dinyatakan oleh perdana menteri selepas mengumumkan pembentukan kerajaan persekutuan, perikatan utama Malaysia iaitu Barisan Nasional tewas adalah disebabkan “Chinese Tsunami” dan anak Melayu mula mengatakan “masyarakat Cina menguasai percent terbesar politik Negara dan ini sangat membimbangkan”. Bagi saya perkara ini sangat tidak adil dan bersifat perkauman. Bila dalam konteks Masyarakat Cina menguasai politik, pernyataan itu adalah sangat tidak berasas. Sebab apa?
Mungkin kite lupa bahawa PAS & PKR memenangi sebanyak 51 kerusi parlimen dan kebanyakan calon mereka adalah orang islam berbangsa Melayu. Dicampur pula dengan bilangan kerusi 103 kerusi parlimen yang dimenangi UMNO, jadi jumlah keseluruhan adalah 154 kerusi. Jadi dari mana datangnya informasi masyarakat cina menguasai politik negara?
Cuma dalam konteks “Chinese Tsunami” tu tadi kita sepatutnya berfikiran lebih dinamik dan cuma melihat ia dari perspektif yang berbeza. Apabila 28% pengundi dari masyarakat Cina yang keluar mengundi pada 5 Mei yang lepas, 27% daripada mereka memilih untuk mengundi calon-calon selain daripada calon MCA. Dan adalah kurang bijak kalau kita secara melulu mengatakan masyarakat Cina sangat racist dan mahu menguasai politik malaysia. Mengapa?
Sebagai contoh yang jelas dan mudah, kawasan berpenduduk bermajoriti masyarakat Cina iaitu di parlimen Pandan di mana keputusan pilihanraya memihak kepada calon berketurunan Melayu iaitu saudara Rafizi Ramli dengan majoriti yang sangat besar dan tidak kepada calon yang berketurun Cina bernama Gary Lim dari parti MCA. Dari sini jelas menyatankan suara rakyat suara keramat yang kian jelas menolak politik perkauman sekali gus cukup untuk mematikan tuduhan “Cina nak kuasai politik Malaysia”!
Sampai bila kita sebagai anak Melayu mahu terus menerus dimomokkan dengan peristiwa 13 Mei ? Saya tidak berminat untuk bercerita soal 13 Mei atas sebab saya masih belum lahir pada masa itu dan jika ada perkara yang tidak benar saya jelaskan jatuh fitnah hukumnya nanti. Jadi, adakah semangat Melayu! Melayu! Melayu! Cina balik negara China dan India balik negara India akan membawa kita anak Melayu ke tahap yang lebih maju ? Habis macam mana dengan kakak ipar saya dan keluarganya yang beragama islam tetapi berbangsa India ? Dan bagaimana pula  dengan  nenek saudara saya yang beragama islam tetapi berketurunan Cina ? Kalaulah Malaysia ni cuma ada Melayu. Tapi itu kalau.
Hakikatnya selepas 56 tahun, persoalan yang patut kita tanyakan pada diri kita, di mana tahap kita sebagai anak Melayu ? Melayu ada keistimewaan dalam perlembagaan Malaysia tetapi di mana relevannya keistimewaan itu kalau selepas 56 tahun juga anak Melayu masih duduk di takuk pemikiran yang sama ?
Kenapa dengan mudah anak Melayu mempercayai yang suatu hari nanti negara ni menjadi negara di mana agama rasminya adalah Kristian dan yang paling popular di kalangan anak Melayu, “nanti Cina nak hapuskan hak keistimewaan melayu”.
Sahabat, kalau kita baca dan kaji kita pasti tahu perkara mudah ini. Perlembagaan Malaysia itu bersifat kebal. Sehinggakan, sebagai contoh yang mudah difahami, jika ada perkara yang al-quran kata salah, tapi dalam perlembagaan mengatakan ia tidak salah, maka perkara itu secara rasminya adalah tidak salah. Begitulah kebalnya perlembagaan Malaysia dan sifat kekebalan itu pun sudah cukup untuk kita faham bukan mudah untuk perlembagaan kita dipinda.  Jelas?
Adakah sahabat Cina kita ada keistimewaan dalam perlembagaan ? Tidak ada. Tapi mengapa sehingga sekarang mereka adalah antara ahli perniagaan paling berjaya ? Melayu ada keistimewaan dalam perlembagaan? Ada. Di mana tahap pemikiran anak Melayu sekarang ?
1Malaysia diwujudkan untuk menyatu padukan rakyat Malaysia akan tetapi konsep itu musnah bila ungkapan racist “Chinese Tsunami” di keluarkan. 13 Mei akan berlaku dan apa yang menyedihkan adalah kerana ia mungkin berlaku di sebabkan, dalam era urbanisasi ini, anak Melayu masih di takuk lama iaitu “Hidup Melayu” sedangkan sahabat Cina, India dan etnik yang lain dengan bangga berkata “Saya Berbangsa Malaysia”.
Paling menyedihkan apabila mereka yang bukan beragama Islam lebih memahami bahawa Islam itu indah dan ia adalah untuk semua bangsa. Sudahlah anak Melayu. Bangkit. Jangan bermimpi kita berada di zaman 1969. Ini bukan zaman perkauman. Ini Zaman ketuanan rakyat. Saya bukan menyokong Cina dan saya tidak meminta Cina menyokong saya tetapi saya dan Cina bersatu menjadi Bangsa Malaysia dan menolak korupsi yang ada sekarang. Jangan gelapkan mata menerima di dada korupsi yang jelas dan terang hanya kerana semangat “Hidup Melayu”!
Penulisan saya ini tidaklah menggambarkan kesemuanya. Saya cuma mahu mengajak sahabat minority Melayu yang masih belum membuka minda untuk menerima hakikat yang kita bukan lagi di dalam era “racial instability” sepertinya 50 tahun dulu. Kita sepatutnya bersatu menuju era Malaysia baru dan maju. Sebagai permulaan, membacalah. Buka hati dan minda, baca dari segenap media yang ada dan bukan sekadar media arus perdana. Anak Melayu, Bangkitlah!
Nama saya Shazuan Ali. Saya beragama Islam dan saya berbangsa Malaysia.
Hidup Malaysia!
* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

COMMENTS (11)

Login or signup now to comment.
+100
scarecrow2's avatar - Go to profile
I am a Chinese Malaysian, or Malaysian Chinese, whichever. But most importantly, I am a Malaysian. 

Great stuff you wrote, Shazuan Ali! Enjoyed reading it. Malaysia has hopes and will be better with thinking people like you. 

But then I wonder how many Anak Melayu would care to read it, or have read it but remain caught with the "old mentality", or have read it but not moved to think and be motivated like you do? 

// Sahabat, kalau kita baca dan kaji kita pasti tahu perkara mudah ini. // 

// Sebagai permulaan, membacalah. Buka hati dan minda, baca dari segenap media yang ada dan bukan sekadar media arus perdana. Anak Melayu, Bangkitlah! // 

Your appeal to your fellow Anak Melayu to read so they would understand and be enlightened applies to every Malaysian regardless of their race or creed, Anak Cina ke, Anak India ke, etc. Many youths and even the not so young do not read much these days. It is sad that their indolence leads to a great many unnecessary misunderstandings among ourselves. 

Troubles could also arise when people read stuff like "Tsunami Cina" and be influenced blindly, not knowing the truth. Such irresponsible categorisation and characterization of fellow Malaysians without basis is asking for trouble. Perhaps, Najib should exercise more care with his words. Now, he has to bear the consequences of his careless remarks. It will not be surprising if he is forced to take back his words. 

Hidup Malaysia!
Reply
+127
pputeh's avatar - Go to profile
I am 70 in a few days time. I have always dreamt of a Malaysia where all of my children & grandchildren will play and enjoy in a land free of racialism. All being called Malaysians . I hope to see this dream come true for this beloved country of which I only know bf I take my flight out to meet my Creator
Reply
1 reply · active 1 hour ago
In Shaa Allah uncle. As a young generation, it is me and my generation will make sure of that. We just have to work extra hard to make the people understand this : )
Reply
Thank you for supporting. Help spread the words. We need to work together so that there will be a full-stop on the Racism. I received a lot of thank you messages on Facebook account and it is somehow make me realize that this is a very serious issue than I thought it would be. On behalf of them who really don't understand the main agenda in this urbanization era and make it a racial issue, I am sorry. It is not a "Chinese Tsunami". it's just a second wave of the 2008 tsunami. It's a "Malaysian Tsunami" where we are together against the corruption : )
Reply
+25
Jengking3's avatar - Go to profile
Secara ringkas, sebab umno.bn le orang2 melayu jadi layu dan kaku - tidak bijak dan tidak berani bersama untuk berganding bahu dengan bangsa lain. Selama 55 tahun yang sudah Umno.bn menggunakan sistem pelajaran, institusi ugama dan media perdana untuk meracun dan menghasut orang melayu sendiri untuk jadi exterimis melayu, anti-cina dan bebal kebenaran ugama. Pendidikan dalam bahasa melayu memburukkan lagi minda melayu kerana tidak terbuka pada pembacaan dan media asing. Umno.bn jadi lebih hebat dari kolonial Inggeris dengan sistem divide and rule nya. Begitu cetek otak melayu hingga tidak tahu ape itu perlembagaan, undang2 dan konsep demokrasi. Tanpa umno.bn maka nasib bangsa melayu semakin cerah.
Reply
+33
enghoe's avatar - Go to profile
Shazuan, thank you for speaking up. You are a fine example for the future of Malaysia. I am sure there are many like you out there. I would encourage you to start a movement among your people who already share your view and aspirations. Make it an independent citizens initiative. Not under the umbrella of any political party, so that no one can accuse you guys of being used or funded by a political party. Stay completely neutral. That is what will capture the minds and imagination of all Malaysians, not just the Malays. My prayer is that Malaysians will be a wonderful example to the rest of the world of how we can live together in harmony. This is so needed in the world today.
Reply
Shazuan Ali, I am hopint that my primary school kids will grow up sharing your sentiments. I am a muslim Malaysian.
Reply
1 reply · active 8 hours ago
+80
GML's avatar - Go to profile
I sincerely believe that they will be. As parents it is our duty and responsibility to teach them immutable principle of justice, fairness and etc. God loves all human being regardless of race and creed. Islam teaches its followers to treat those that are of another race and belief or religion equally. We are all for fairness and an accountable government that administer the country with wisdom and for the interest of the country and its people.
Reply
+101
drckk's avatar - Go to profile
Saudara Shazuan, Syabas kerana fikiran encik adalah sangat munasabah dan bererti. Kita, Rakyat Malaysia bukan di zaman tahun enam puluhan.
Reply
well said, very noble of you but than again easier say than done.maybe one fine day it will be a reality.
Reply
+115
saltyjo's avatar - Go to profile
Secara umum, orang cina tak suka berpolitik dan tidak bercita-cita memerintah negara. Lihat minority orang Cina di luar negeri. Mereka langsung tidak berpolitik. Orang cina malaysia hanya mahu suatu negara yang memberi peluang pekerjaan, pendidikan berkualiti dan suasana yang aman selamat. Orang cina harap dana negara tidak dibazirkan oleh skandal skandal besar yang melibatkan ketua ketua MCA juga. Ini lah sebab mereka memihak kepada pembangkang. Jikalau pemimpin negara berjaya mengatasi korupsi,dan memecat ahli-ahli politik yang bersikap rasis, semua orang akan memihak BN. 

Pemimpin PAS dan PKR Melayu tak pernah menyindir orang India dan Cina tidak seperti ada setengah pemimpin yang memihak BN. Kenapa salahkan orang Cina atau India kalau mereka mengundi DAP, PAS, PKR?? 

Orang India dan Cina cuma lebih kurang 30% penduduk seluruh Malaysia. Mereka pun tak ada niat jadi PM. Kenapa ada orang yang rasa terancam oleh mereka? Sepatutnya minoriti yg rasa terancam, bukan majoriti. 

Harap saudara boleh membuka mata, tengok sendiri dan jangan percaya segala penipuan yang ada sini sana.
Reply

No comments: