Oleh Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR, 8 Mei — Parti politik selain Barisan Nasional (BN) bertanding dalam keadaan yang berat sebelah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kata kumpulan pemikir Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan Centre for Public Policy Studies (CPPS) hari ini.
Antara punca mereka tidak dapat bertanding dalam keadaan yang sama rata jelas kumpulan pemikir berkenaan adalah disebabkan kempen oleh media yang berat sebelah kepada BN, penggunaan fasiliti kerajaan ketika tempoh berkempen, dan keraguan terhadap keupayaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menurut mereka lebih berpihak kepada BN.
“Walaupun tempoh rasmi berkempen dan proses pilihan raya mungkin dapat dijalankan secara aman tanpa isu yang besar, isu yang tidak mendapat perhatian SPR telah bangkit sejak beberapa tahun lepas,” kata kumpulan pemikir dalam kenyataan bersama mereka hari ini.
“Isu-isu ini tidak memihak kepada parti politik bukan BN dan menjadikan ianya berat sebelah. Disebabkan itu, kami merasakan PRU 13 hanya adil sebahagian dan tidak adil.”
MENYUSUL LAGI
CHECK OUT THESE STORIES TOO
- SPR CADANG WUJUD PERUNDANGAN MENGENAI PENERIMAAN DANA ASING UNTUK PRU
- SENARAI PEMERHATI PRU13 DIMUKTAMAD MINGGU INI, KATA SPR
- ‘Keganasan dan serangan ke atas media baru cemari PRU13’
- SPR digesa tunjuk campuran sebenar dakwat kekal
- TEMPOH BERKEMPEN UNTUK PRU13 TAMAT 11.59 MALAM ESOK - SPR
- SPR DIMINTA CARI JALAN BOLEHKAN RAKYAT SARAWAK, SABAH YANG 'TERKANDAS' …
- DAPATKAN KEPUTUSAN SAHIH PRU13 DARIPADA SPR SAHAJA
-
Ambiga: Siasatan terhadap aktivis reformasi …The Malaysian Insider
-
Barisan NasionalThe Malaysian Insider
-
GE13: Kedah won by Barisan NasionalYahoo Newsroom
No comments:
Post a Comment