Muzik Rencah Kehidupan

Welcome to my blog. Hope you enjoy all the lyrics that I shared here. Muzik rencah hidupku.

Your comments are most welcome. :)

Thursday, March 24, 2016

Senarai Kutipan Filem Melayu Tertinggi dan Terendah 2016 (as at 28/7/16)


Sekejapnya masa berlalu dah berbulan masuk tahun 2016. Ini baru Hanna berkesempatan tulis posting tentang filem yang laris bak pisang goreng cheese dan coklat dan filem yang tak berapa laris macam.... err... air suam kot....

Memandangkan tahun ni banyak filem meletop-letop, kalah tahun lepas, Hanna pilih gambar yang cantik siap berbintang bintang la pulak untuk posting yang ni.

Korang dah tengok wayang dan sokong filem Melayu ke idok???  Jom kita tengok hasil sokongan atau hasil tak de sokongan daripada korang.

Senarai Kutipan Terendah Filem Melayu 2016 (Kutipan kurang RM300 ribu)

No.   Filem                                     / Kutipan   /  Jumlah hari tayangan / Terbitan    /  Pengarah
1.      Cendol Kepada Allah aku Berserah / RM1.94 ribu / 7 hari/ Yusari Filem / M Subash
2.      It's The Moment Yang Arif  / RM4.68 ribu /7 hari /      Fenomena Seni     /   ST Bala
3.      Kastil Tua                       RM35.5 ribu  (7 hari)  Fimtab S/B  Sabree Fadhil/Chiska Doppert
4.      Kipidap                                  RM51.71 ribu (sdg tyg)     Mangkin Prestij             Eyra Rahman
5.      Perjanjian Syaitan            / RM54.63ribu / 7 hari / Yusari Filem S/B / M Subash
6.      Harmonika                        / RM59.64 ribu / 14 hari / SPS Jaya S/B / Raja Mukhriz
7.      Usin UFO                           / RM61.91 ribu / 11 hari /         Cahaya DJ Pictures / Zul Yahya
8.     Warna Cinta Impian  / RM164.15 ribu / 14 hari / Touchtronics Entertainment SB / NS Krishna
9.    Lu Mafia Gua Gangster / RM192.64 ribu / 18 hari / RJ Future Film SB / Roy




Senarai Kutipan Tertinggi Filem Melayu 2016 (Kutipan lebih RM3 juta)

No.   Filem                      / Kutipan  / Jumlah hari Tayang/   Terbitan  /        Pengarah
1.      Munafik                 RM14.63juta (sdg tyg)         Skop Production        Shamsyul Yusof
2.      Boboiboy               RM13.48 juta  (sdg tyg)    Animonsta         Mohd Nizam Abd Razak
3.      Ola Bola          RM15.9 juta (39 hari)   Astro Shaw, GSC, Multimedia   Chiu Keng Guan
4.      Mat Moto              RM4.4juta (26 hari)    Skop Production             Syafiq Yusof


Nota I.S.A (ikut suka aku)

28/7/16
Baru aje dua bulan lebih tak update blog ni... macam-macam dah jadik dengan industri perfileman kita, terutama part kutipan filem la... sebab posting ni berkaitan kutipan filem.  Mana  nak tahu tiba-tiba ada filem yang kutipannya paling rendah setakat beberapa tahun kebelakangan ini (sebab Hanna buat entry pasal kutipan filem sejak 2013, so kutipan sebelum tu x sempat nak ambik port la yea).

Cendol Kepada Allah Aku Berserah merupakan filem yang mengutip paling rendah penjualan tiket sejak 2013 (mungkin sejak sebelum tu jugak), dengan kutipan tak sampai RM2 ribu. Ini bermakna yang datang menonton filem ini kurang 200 orang (jika purata tiket berharga RM10.00).  Filem Warna Cinta Impian masuk dalam senarai di sini sebab kutip kurang daripada RM300 ribu.  Setakat hujung bulan Julai ni ada 9 filem tersenarai dengan kutipan terendah. Apasal ek? Korang tak sokong filem Melayu ke? Jom gi panggung dan semarakkan dunia perfileman kita.


8/4/16
Ikut suka hati sesiapa lah nak tulis kata Munafik dah kutip RM18 juta.... selagi Finas tak update laman sesawang mereka (last mereka update 28/3/16), jadi Hanna guna angka yang dipaparkan di situ la yea....

Filem Usin UFO dan Kipidap bakal kekal dalam carta Filem dengan kutipan terendah sebab sampai la ni pun tak der peningkatan ketara dalam kutipan mereka.

Ada byk filem baru kat panggung. JOM SOKONG!!!


24/3/16
2016 bagai beri sinaran baru buat penggiat seni perfileman tanahair bila beberapa filem meletup-letup di panggung. Setakat ini Mat Moto, Ola Bola, Munafik dan Boboiboy berjaya mengungguli carta kutipan filem Melayu tertinggi. Walau media lain menyatakan beberapa filem dah dapat lebih RM18 juta kutipan, Hanna hanya update berdasarkan informasi daripada Finas.  Walau beberapa filem kini selesa dengan kutipan berjuta ringgit, ada juga filem yang mengutip kurang daripada RM300 ribu.
Apa pun,... jom kita semarakkan kutipan filem kita dengan memonton di panggung.





No comments: