Filem Terlaris di Panggung & Filem Tak Laku di Panggung 2013
Tahun 2013 sudah menutup tirai dengan berbagai kisah suka duka. Dari segi filem-filem tempatan yang ditayangkan di panggung ada 5 filem yang terlaris di pawagam (kutipan lebih RM3 juta) dan filem yang tak laku di panggung (kutipan kurang RM200 ribu). Anyway, untuk filem yang tak laris di panggung, mungkin laris di tempat lain, maybe di Astro First or DVD.
Moga penerbit tak patah semangat dan terus berkarya menghasilkan filem yang bagus dan diterima ramai.
FILEM LARIS
1.
Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit RM5.89 juta (Tayangan Unggul - Mamat Khalid)
2.
KL Gangster 2 RM4.96 juta (Skop Production & Primeworks - Syamsul Yusof)
3. Rock Oo
RM3.95 juta (Primeworks Studio - Mamat Khalid)
4. Adnan Sempit 3
RM3.94 juta (Metrowealth - Ismail Bob Hashim)
5. Highland Tower
RM3.52 juta (metrowealth - Pierre Andre)
Juara
Tajuk : Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit
Genre : Ngeri, Komedi
Terbitan : Tayangan Unggul S/B
Pengarah : Mamat Khalid
Penulis Skrip : Mamat Khalid
Pelakon : Awie, UsopWilcha, Rashidi Ishak, Delimawati, Ezlynn, Man Kadir, Azwan Anuar
Tarikh Tayangan : 07/2/2013
Tayangan : 69 panggung
Kos : RM1.65 juta
Kutipan : RM5.89 juta (35 hari tayangan)
Sinopsis:
Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Husin yang telah muflis akibat di tipu skim cepat kaya di Singapura, kembali ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.
Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura..... Di dalam kekecohan itu Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku...? Siapakah yang menculik Husin...?
Naib Juara
Tajuk : KL Gangster 2
LPF : Lulus 4/6/13 (18)
Genre : Aksi
Terbitan : Skop Production
Pengarah : Syamsul Yusof
Penulis Skrip : Syamsul Yusof
Pelakon : Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Sheera Iskandar, Corie Lee, Sofi Jikan, Zizan
Tarikh Tayangan : 3/10/2013
Tayangan : 104 panggung
Kos : RM3.86 juta
Kutipan : RM4.96 juta (28 hari tayangan)
Sinopsis yang panjang:
2 orang adik-beradik Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Sejak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga serba kesusahan dan ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek buntu memikirkan masalah yang dihadapi, tambahan pula ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa. Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong. Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah. King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya? Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?
Ke 3
Tajuk : Rock Oo - Rimba Bara Kembali
Genre : Filem Cereka
Terbitan : Primeworks Studios S/B
Pengarah : Mamat Khalid
Penulis Skrip :
Pelakon : Que Haidar, Khir Rahman, Shoffi Jikan, Pekin Ibrahim
Tarikh Tayangan : 28/2/2013
Tayangan : 72 panggung
Kos : RM1.7 juta
Kutipan : RM3.98 juta (40 hari tayangan)
Ke 4
Tajuk : Adnan Sempit 3
LPF : Lulus 15/7/13 (U)
Genre : Komedi, Romantik
Terbitan : Metrowealth Pictures
Pengarah : Ismail Bob Hasim
Penulis Skrip :
Pelakon : Shaheizy Sam, Intan Ladyana
Tarikh Tayangan : 8/8/13
Tayangan : 72 panggung
Kos : RM1.82 juta
Kutipan : RM3.94 juta (32 hari tayangan)
Ke 5
Tajuk : Highland Tower
LPF : Lulus 3/6/13 (P13)
Genre : Seram
Terbitan : Metrowealth
Pengarah : Pierre Andre
Penulis Skrip :
Pelakon : Mikail Andre, Shima Anuar, Adiba Yunos
Tarikh Tayangan : 31/10/2013
Tayangan : 46 panggung
Kos: RM1.82 juta
Kutipan : RM3.52 juta 28 hari tayangan
FILEM TAK LARIS
1.
Hello RM0.03 juta (Nusan Bakti Corporation S/B - AR Badul) 11 hari
2.
Tokak RM0.11 juta (MAR Energetic - Sabree Fadhil) - 22 hari
3.
Psiko Pencuri Hati RM0.11 juta (Filmecca Studio S/B - Namron) - 18 hari
4.
Misteri Bisikan Pontianak RM0.16 juta (Genius Parade S/B - M Subash Abdullah) - 18 hari
5.
Aku Pilih Kamu RM0.16 juta (Metrowealth - Eyra Rahman) - 14 hari
Juara
Tajuk : Hello
LPF : Lulus 14/6/13
Genre : Komedi
Terbitan : Nusan Bakti Corporation S/B
Pengarah : AR Badul
Penulis Skrip :
Pelakon : Dayana, Fizo Omar, Along RL, Angah RL, Tauke RL, Herman Tino, Isma, Nas Adila, Dina Nadzir, Acong, Zul 2by2
Tarikh Tayangan : 17/10/2013
Tayangan : 49 panggung
Kos: RM0.74 juta
Kutipan : RM0.03 juta (11 hari tayangan)
Sinopsis: Akay, Ako dan Aki datang dari kampung dan apabila datang ke bandar, menjadi jakun dengan keadaan sekeliling, Mereka meminati anak majikan mereka yang baru pulang dari melanjutkan pelajaran di luar negara. Lantas, mereka bertiga mengubah penampilan masing-masing. Bagaimanapun, ketiga-tiganya tidak dapat lari dari sikap masing-masing. Akay seorang yang manja, Ako suka membuli manakala Aki suka melawan.
Trailer filem Hello : http://www.youtube.com/watch?v=MWBoRkA-5VU
Ke 2
Tajuk : Tokak
Genre : Seram Komedi
Terbitan : MAR Energetic Industries S/B
Pengarah : Sabree Fadzil
Penulis Skrip : Isha MJ
Pelakon : Airis Yasmin, Joey Daud, Lana Nordin, Keena Mentor, Diana Johor, Julia Zigler
Tarikh Tayangan : 20/6/13
Tayangan : 40 panggung
Kos : RM2 juta
Kutipan : RM0.11 juta (22 hari tayangan)
Ke 3
Tajuk : Psiko Pencuri Hati
LPF : Lulus 1/7/13 (18)
Genre : Jenayah, Seram Thriller
Terbitan : Filmecca Studio S/B
Pengarah : Namron
Penulis Skrip :
Pelakon : Bront Palare, Syarifah Amani, Syed Hussein, Shira Ayob, Ameerul Affendi
Tarikh Tayangan : 5/9/2013
Tayangan : 55 panggung
Kos: RM1.07 juta
Kutipan : RM0.11 juta (18 hari tayangan)
Sinopsis (nama aje sinopsis, tak ringkas pun. Panjang berjela & Hanna tak cukup masa nak tolong pendekkan):
How far would you research when you write a novel about serial killers? Do you have to think like a serial killer? Do you need to find the emotions and the skills of a serial killer to ensure your character works on paper? In "PSIKO, Thief of Hearts", this question consumes the main character Sidi. This writer, whose wretched soul seem to be in constant fight with himself, tries to find some quiet time whilst doing research for his latest novel. Sidi (Bront Palarae) is accompanied by his pal Man who is always with him, egging him on to write better, to structure his plots better and at most times playing the devil's advocate. Sidi, who suffers from Obsessive Compulsive Disorder, is also researching a serial killer who is still at large in Kuala Lumpur. The serial killer has been dubbed Thief of Hearts as his trademark is to cut his victim's chest and take the heart out. Sidi is trying to get into the head of this serial killer in order to make him the main character in his next novel.
Meanwhile, Wani (Sharifah Amani) is a depressed young wife who has suffered three miscarriages and is on the verge of a nervous breakdown. Her marriage is on the rocks and her doctor husband Khai (Syed Hussein) wants very much to try and repair the marriage. He suggests a trip to his favourite island of Pemanggil in Johore. Wani, in coping with her loneliness and depression, distracts herself by reading O.Sidi's novels.
After much persuasion, Khai takes Wani to the island resort where only the owner Pak Abu and his young wife Siti host the guests. Being off-season, no one else was on the island until coincidentally, Sidi and Man arrive on the island in seeking refuge and solace to complete his latest novel.
Wani is immediately attracted to this mysterious writer much to Khai's disgust, whilst Siti, who harbours no love for her own husband, feels attracted to Khai.
The tensions are raised, the pieces set and the opportunities in place. And then, Siti is found murdered on the beach. Has researching serial killers caused Sidi to go over the edge and become a killer himself?
Did the depressed Wani, influenced by Sidi's novel turn killer?
Could Khai's jealousy enough for him to kill Siti and frame Sidi?
Was Abu fed up of his sexy young wife's flirtatious acts until he had to kill her?
Or was it Sidi's friend Man behind the murder of Siti in order to get Sidi to write his perfect crime novel?
Ke 4
Tajuk : Misteri Bisikan Pontianak
LPF : Lulus 13/6/13 (P13)
Genre : Seram, Thriller
Terbitan : Genius Parade Sdn Bhd
Pengarah : M Subash Abdullah
Penulis Skrip :
Pelakon : Zakri Rozaini
Tarikh Tayangan : 25/7/13
Tayangan : 54 panggung
Kos: RM0.76 juta
Kutipan : RM0.16 juta (18 hari tayangan)
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan kisah menyentuh kebebasan hak asasi manusia. Geena adalah seorang lelaki yang mempunyai naluri dan jiwa seorang permpuan.
A movie about Geena who is always bullied by the villagers because of his character, which is soft and feminine. His grandmother is the only person who understand him and encourage him to overcome the difficulties that he facing. Unfortunately Geena was burnt to death and no one knows who did that to Geena. At the same time, Hakim, who stays at the same village starts to see ghosts. Curious about what is actually happening, Hakim’s sister decides to investigate the connection between Geena and her brother.
Ke 5
Tajuk : Aku Pilih Kamu
LPF : Lulus 31/5/13 (U)
Genre :
Terbitan : Metrowealth
Pengarah : Eyra Rahman
Penulis Skrip :
Pelakon : Fezrul Khan, Wawa Zainal
Tarikh Tayangan : 14/11/13
Tayangan : 46 panggung
Kos: RM1.5 juta
Kutipan : RM0.16juta 14 hari tayangan
Itulah barisan 5 filem terlaris dan 5 filem tak laris di panggung bagi 2013. Moga filem tampatan akan lebih meriah dan laris di tahun 2014