Senarai Kutipan Filem Tertinggi dan Terendah Tahun 2014 (Filem Melayu)
Kali ni Hanna senaraikan Filem Melayu yang terlajak laris dan filem yang kurang sambutan (hanya) dipanggung. Filem Melayu yang kutipannya kurang dari RM0.30 juta akan disenaraikan dalam carta filem dengan kutipan terendah manakala filem yang kutipannya RM2juta ke atas akan disenaraikan masuk carta sebagai filem laris. Kalau kutipan melebihi RM5juta, kira dah terlajak laris la okay, tapi buat masa ini tak ada pun filem yang kutip RM5juta.
Ada penerbit mengeluh yang Finas tak update kutipan betul-betul. Hanna harap mana-mana penerbit yang melihat kutipannya tidak dikemaskini dengan betul oleh Finas hendaklah minta Finas kemaskini kutipan yang dipaparkan dalam website Finas. Kena push few times baru dapat update yang betul, sebab dah berlaku kepada beberapa filem sebelum ni. Finas pun manusia biasa gak, maybe ada typo error atau apa-apa permasalahan yang kita tak tahu. Anyway, Hanna buat list kat blog ni berdasarkan laporan Finas dalam websitenya, siapalah Hanna nak tukar sesuka hati. Lagi satu, list ini hanya berdasarkan kutipan panggung wayang sahaja, so kalau penerbit jual kat oversea ke, kat AstroFirst ke, kat stesen TV lain ke atau jual DVD dan dimana jua, tak termasuk la dalam senarai ini sebab bukan semua penerbit nak share dengan Hanna berapa jumlah jualan filem mereka, betul tak?
Dah 40 Filem Melayu ditayangkan (up to filem "Kelibat"), dua je masuk carta Kutipan Filem Tertinggi 2014 (kutipan melebihi RM2 juta). Lebih separuh daripadanya dalam senarai kutipan kurang RM300ribu. So, peminat filem.... jom la ke panggung dan semarakkan kutipan filem Melayu :) Ada banyak pilihan di panggung sekarang ni.
Setakat 21/11/2014 ada 40 Filem melayu dah di tayangkan tahun ini dan berikut adalah kutipan terendah dan tertingginya:
Kutipan Filem Terendah 2014 (Kurang Laris) Kutipan RM300 ribu ke bawah
Filem / Kutipan / Jumlah Hari tayangan / Terbitan / Pengarah
1. Dangerously Love RM13 ribu (14 hari) - Sheunik Sdn Bhd - Yusof Kelana
2. Hantu Bukit Cina RM29 ribu (15 hari) - Sheunik Sdn Bhd - TS Jeffrey
3. Supersquad The Movie RM31 ribu (14 hari) - Netcarbon Sdn Bhd - Mohd Rashdan Ramlee
4. Muka Surat Cinta RM79 ribu (13 hari) - Metrowealth - Pierre Andre
5. Sniper RM130 ribu (14 hari) - Metrowealth - Pierre Andre
6. Fobia Malam Pertama RM140 ribu (14 hari) Nusantara Seni Karya - Murali Abdullah
7. Pintu Neraka RM140 ribu (21 hari) - Cahaya Karya Warna S/B - CK Wong
8. Mistik, Syirik, Tahyul RM112 ribu (14 hari) - Genius Parade S/B - M Subash
9. Laga RM160 ribu (13 hari) - Business Leader Film - Ismail Yaakob
10. CEO RM290 ribu (18 hari) - ARA Film Sdn Bhd - Razaisham Rashid
11. Awak Nak Kahwin Dgn Saya? RM221 ribu (12 hari) - MIG - Eyra Rahman
12. Jin RM223 ribu (28 hari) - 3Line Media S/B - Pierre Andre
13. Cara Mengundang Hantu RM245 ribu (14 hari) - Genius Parade S/B - Renbash
14. Lu, Gua, Bro RM250 ribu (14 hari) - Metrowealth - Ismail Bob Hashim
15. Apokalips X RM250 ribu (15 hari) - Tayangan Unggul - Mamat Khalid
16. Rumah Sewa RM50 RM290 ribu (15 hari) - Galaksi Seni S/B - M Jamil
Kutipan Filem Tertinggi 2014 (Laris) Kutipan RM2juta ke atas
Filem / Kutipan / Jumlah Hari tayangan / Terbitan / Pengarah
1. Abang Long Fadhil RM4.61juta (29 hari) - SKOP Production - Syafiq Yusof
2. Balistik RM2.27juta (21 hari) - Suhan Movies & Trading - Silver
3.
*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*
Nota kaki ISA (Ikut Suka Aku)
Nota 21/11/14
Filem Mistik, Syirik, Tahyul masuk senarai kini di tangga ke 8 dengan kutipan RM112ribu. Filem Dendam Orang Mati, Anak Jantan dan Kelibat nampaknya berjaya mengelakkan diri dari masuk senarai kutipan kurang RM300k sebab dah melepasi tahap itu.
Apa yang boleh Hanna katakan, setakat ini kutipan filem memang tersangat suram kerana tak banyak filem yang masuk senarai dengan kutipan melebihi RM2juta berbanding tahun lepas. Sedih dengan perkembangan dunia perfileman Malaysia sekarang ni......
Nota 31/10/14
Filem Amir dan Lokman Pergi Ke Laut kini dikeluarkan dari senarai sebab dah kutip RM300.5 ribu. Lebih sikit dari RM300 ribu, jadi tak sesuai la dia duduk kat dalam senarai filem dengan kutipan kurang RM300 ribu, ye tak. Heheh...
Buat masa ini filem Mistik Syirik Tahyul bakal masuk senarai pula jika kutipan tidak meningkat naik.
Kutipan filem lain masih lembab sebab dah nak hujung tahun, hanya dua filem yang kutip lebih daripada RM2 juta. Keadaan ini memang sangat menyeramkan penerbit dan penggiat filem, lebih seram daripada filem-filem seram Melayu yang ditayangkan tahun ini nampaknya.....
Nota 10/10/14.
Filem Amir dan Lokman Pergi ke Laut bakal masuk senarai kutipan filem bawah RM300K jika kutipan tak berubah. Apa-apa pun kita tunggu Finas update website mereka ya.
Nota 4/9/14
Filem JIN bakal masuk senarai jika kutipan masih tak melepasi RM300 ribu. Mungkinkah Finas belum update kutipan sebenar? Mmm...
Nota 29/8/14
Filem terbitan 3Line Media Sdn Bhd, JIN, belum mendapat kutipan yang memberangsangkan. Mungkin hujung minggu ini kutipannya akan lebih baik dan semoga tak masuk senarai filem yang kutipannya kurang RM300K, di atas.
Selamat ke panggung dan beri sokongan kepada mana-mana Filem Malaysia. Kita dah merdeka, moga tak dijajah pemikiran pula. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 57. Saya Sayang Malaysia. Muahhhh.....
Nota 25/8/14
Selepas filem CEO, belum ada lagi filem Melayu yang kutip kurang dari RM300 ribu dan selepas filem Abang Long Fadhil, belum ada lagi filem yang kutip lebih dari RM2 juta. so senarai ni kekal buat masa ini.
Nota 14/8/14
Nampaknya kutipan filem melayu yang ditayangkan musim raya ni tak le teruk sangat. Tak der filem yang di kutip kurang dari RM300ribu... tapi tak der jugak yang pecah panggung kutip lebih daripada RM2juta. Filem Mat tudung dan melepasi tahap RM1juta. Producer Mat Tudung tarik nafas lega la kot. Sebab tentu ada collection jual kat Astro First dan tempat lain gak.
Nota 4/8/14
Dah seminggu Raya. Mood raya masih ada tapi apakah seminggu bercuti membuahkan kutipan yang tinggi untuk filem Melayu tayangan musim raya, iaitu Tembus dan Mat Tudung? Tunggu la minggu depan untuk perkembangan selanjutnya. Untuk carta di atas, tiada yang berubah sejak awal Julai yang lalu. Tiada filem dapat kutip RM2 juta ke atas dan tak ada jugak yang kutip RM300 ribu ke bawah. Kutipan Filem Pengantin Malam RM1.69juta, so tak boleh la nak masuk senarai kutipan tinggi dalam blog ni.
Nota 23/6/14
Syafiq Yusof kini di dalam kelas tersendiri bila filem Abang Long Fadhil kini menguasai pasaran filem di Malaysia. Walaupun filem ini diluluskan LPF sebagai untuk tontonan 18 tahun ke atas, ianya tidak membantutkan kutipan filem di panggung. Mungkin filem ini cukup rencah untuk menarik minat penonton ke panggung. Tahniah untuk Syafiq, filemnya kini nombor satu dalam senarai Filem Melayu paling laris di Malaysia 2014. Sementara itu senarai filem yang dapat kutipan kurang dari RM300 ribu pun turut bertambah apabila CEO dan Supersquad The Movie bakal kekal dalam carta jika kutipan masih seperti dalam list di atas. Khabarnya filem CEO menarik, namun kenapa agaknya penonton tak mahu ke panggung?
Dah 25 filem Melayu di tayangkan setakat ini, 14 filem masuk dalam carta kutipan bawah RM300 ribu dan 2 sahaja kutip lebih RM2 juta. Lebih separuh filem Melayu yang di tayangkan adalah tak balik modal. Apakah maknanya?????
Nota 13/6/14
Senarai filem dengan kutipan kurang RM300ribu dah jadik 12 filem, jumlah filem Melayu yang ditayangkan setakat ni ada 21, separuh darinya kutip kurang dari RM300K. Apa dah jadik weh???? Korang tak sokong filem Melayu ke?
Nota 3/6/14
Khabarnya Filem Abang Long Fadhil dah kutip RM2.1 juta utk tempoh 4 hari tayangan. Walau dihimpit kontroversi kerana dilabel sebagai utk tontonan 18 tahun ke atas, nampaknya ia tak memberikan kesan. namun begitu, finas masih tak update lagi kutipan filem kat website mereka. Setakat hari ni, website masih di takuk 26/5/14 dan filem yg bakal di tayangkan utk bulan 6 pun masih tak update. Kini kita dah ada 2 filem yg kutipannya melebihi RM2 juta. Tahniah utk Abang Long Fadhil.
Nota 21/5/14
Filem "Cara Mengundang Hantu" bakal kekal dalam senarai kutipan filem terendah menyandang tempat ke 8 kalau kutipannya tidak meningkat mendadak sebelum tamat wajib tayang.
Fenomena apakah yang sedang melanda filem Melayu Malaysia sekarang ni? Seram weh!!!!!!
******
Nota 16/5/14
Hanna tak akan pernah berani nak jadi penerbit filem Melayu di Malaysia kalau sambutan filem Melayu di negara sendiri macam ni. Tambahan pula majoriti filem Melayu, pasarannya hanya di Malaysia. Nak tembus pasaran Indonesia pun susah. Singapura dan Brunei ada la jugak pasarannya walau tak seberapa. So, ada sesiapa berani join the club, jadi penerbit filem Melayu untuk kali pertama?
Apa yang boleh kita simpulkan apabila daripada 16 buah filem Melayu yang ditayangkan setakat ini, 10 daripadanya masuk ke dalam senarai Kutipan Paling Rendah (kurang RM300 ribu) dan hanya 1 filem yang berjaya kutip lebih RM2 juta? Whoaaa...... memang tangkap leleh dibuatnya.
Update minggu ini, filem Dangerously Love atau dalam bahasa Malaysia nya "Bahaya Cinta" sudah merampas takhta filem Hantu Bukit Cina dengan kutipan hanya RM12.9 ribu berbanding Hantu Bukit Cina yang mengutip RM29 ribu. Kedua-dua filem diterbitkan oleh penerbit yang sama namun pengarah yang berbeza, tetapi apa yang pasti pulangan kedua-duanya tidak memberangsangkan. Filem Sniper dan Apokalips X melengkapkan carta Top 10 Kutipan Filem Paling Rendah 2014 (bagi filem Melayu).
Apa lagi nak dikata, selain nasihat agar penerbit yang baru nak buat filem untuk kali pertama cari bisness lain kalau nak laburkan duit beberapa juta dengan harapan nak untung. Tapi kalau duit dah berkepuk dan memang tak nak untung dan memang niat nak sedekah, Hanna akan cepat-cepat bagi nombor akaun bank Hanna. Boleh sedekah kat Hanna anak yatim ni. Ahaksss.......
*****
Filem Lu, Gua, Bro bakal masuk senarai kutipan filem terendah jika kutipan masih tak memberangsangkan. Setakat 14 hari, kutipannya RM245 ribu. Kita tunggu aje la minggu depan ye.
Nota 25/4/14 :
Lu, Gua, Bro dah confirm menduduki tangga ke lima carta filem dengan kutipan kurang RM300 ribu.
*****
Filem Fobia Malam Pertama mungkin masuk carta Filem dengan Kutipan Terendah (bawah RM300 ribu) jika selepas Finas kemas kini, jumlah nya masih dalam lingkungan sekarang. Setakat ini kutipan yang dipaparkan Finas adalah RM138.5 ribu untuk kutipan 14 hari. Dengar khabar, filem ni menghiburkan, tapi kenapa masih tak laris? Hanna belum menontonnya, so tak dapat la nak komen. Mungkin juga statusnya sebagai 18 membuatkan ramai remaja yang rajin ke panggung tak dapat nak menontonnya.Nota 18/4/14 :
Filem Fobia Malam Pertama sah masuk senarai kutipan filem terendah kerana kutip kurang dari RM300 ribu.
*****
Nota 4/4/14:
Malang bagi filem Hantu Bukit Cina arahan TS Jeffrey terbitan Sheunik S/B apabila hanya mampu meraih kutipan RM29,698.50 di panggung. Adakah penonton sudah jemu dengan filem seram? Adakah garapan filem ini kurang menarik? Hanna tak mampu nak komen sebab belum menonton filem ini.
*****
Note: Filem berbahasa Kantonis+English "The Journey" dah kutip RM12.92 juta setakat 23/2/14, penyandang Filem dengan kutipan tertinggi 2014 buat masa ini dan dah pecahkan rekod filem KL Gangster yg kutip RM11.74 juta pada tahun 2011. Filem Melayu? Untuk 2014 tak der satupun yang berjaya kutip lebih daripada RM2.5juta buat masa ni. Suramnya Filem Melayu......
Terkini: The Journey dah kutip RM13.11 juta untuk 26 hari tayangan. Congrats!
Nota 7/3/14 : The Journey dah kutip RM15.2 juta mungkin ada harapan dapat RM18 juta. Tahniahhhh!!!!
Nota 18/3/14: Filem The Journey dah kutip RM16 juta. Memang masyukkkk!
Nota 28/3/14 : Filem The Journey dah kutip RM17.17juta. Filem Melayu???? mmmmm.....
Finally untuk 56 hari tayangan The Journey dapat kutip RM17.17 juta.
*****
Nota 7/3/14 :Akhirnya Finas update figure mereka pada 5/3/14, Balistik kutip RM2.27juta untuk 21 hari tayangan. So kita dah ada list untuk Filem dengan kutipan tertinggi (setakat ni Balistik aje yg ada dalam list ni). Kalau ada filem lain dengan kutipan melebihi RM2juta, kita boleh masukkan dalam list la ye.
Filem Muka Surat Cinta menepati jangkaan bahawa kutipan tak akan lebih RM0.3 juta berdasarkan kutipan pada minggu pertama, so duduklah dia ditangga teratas carta Kutipan Filem Terendah buat buat seketika.
Namun kini takhta untuk filem dengan kutipan terendah di rampas oleh Hantu Bukit Cina.
Filem Laga juga menepati jangkaan tak kutip lebih daripada RM0.3juta berdasarkan kutipan setakat 10 hari tayangan. Setelah habis tayang, kutipannya cuma RM160 ribu sahaja. Perit jugak jadi penerbit filem kalau kutipannya lesu......
*****
Something to ponder:
Walaupun ramai orang dok kutuk filem M. Jamil yang bergenre seram dengan tajuk Rumah Sewa RM50, nampaknya kutipan filem dia tetap mengalahkan filem-filem yang rendah kutipan tahun 2013 iaitu:
Hello kutip RM0.05juta (RM50 ribu sahaja)
Tokak kutip RM0.11 juta
Psiko Pencuri Hati kutip RM0.11 juta
Misteri Bisikan Pontianak kutip RM0.16 juta
Aku Pilih Kamu kutip RM0.16 juta
Pecah kutip RM0.17 juta
Lemak Kampung Santan kutip RM0.17 juta
Cerita Kita kutip RM0.18 juta
Awan Dania The Movie kutip RM0.2 juta
Pada Suatu Cinta Dahulu kutip RM0.2 juta
Malam Penuh Misteri kutip RM0.22 juta
Balada Pencinta kutip RM0.27 juta
Chikaro kutip RM0.27 juta
1Lawan Satu kutip RM0.28 juta
Dan nampaknya filem Hantu Bukit Cina, Muka Surat Cinta dan filem Laga pun tak mampu kalahkan filem Rumah Sewa RM50 ni. Walau bagaimanapun, kutipan filem Muka Surat Cinta tak la serendah kutipan filem Hello tahun lepas. Tapi Hantu Bukit Cina cuma kutip RM29 ribu berbanding RM50 ribu yang dikutip filem Hello tahun lepas. Suramkah industri Filem kita tahun ni???? Mmmm....
Tak ada formula khusus yg dapat tarik peminat ke panggung wayang. Cer tengok filem tahun lepas dan tahun ni punya kutipan. Tak sumer filem komedi orang suka (refer filem Hello yang cuma kutip RM50 ribu tahun lepas), Tak sumer filem seram orang suka (refer filem Tokak, Misteri Bisikan Pontianak, Malam Penuh Misteri, Rumah Sewa RM50 dan Hantu Bukit Cina). Filem aksi pun belum tentu laku (refer filem 1Lawan Satu). Filem cinta lagilah tak boleh nak diharap sebab tak der yang mampu kutip macam Ombak Rindu dan kebanyakan filem bertemakan cinta memang la tak laris (refer Aku Pilih Kamu, Cerita Kita, Balada Pencinta dan jugak Muka Surat Cinta). Untuk penggiat Filem, moga anda terus berkarya dengan karya yang bukan saja bermutu tapi boleh menarik minat penonton ke pawagam.
@-}------- @-}------
Kalau ada masa, minggu depan Hanna kemaskinikan lagi blog ni ya. Sementara tu, jom kita ke panggung, sokong filem tempatan. Adios weh!
No comments:
Post a Comment