Polis sedang menyiasat kes kehilangan wang daripada akaun 4 orang mangsa MH370, berjumlah keseluruhan RM111,000.00.
Pihak bank yang menyedari sejumlah wang dikeluarkan daripada akaun 4 mangsa MH370 telah melakukan siasatan dalaman dan kemudiannya membuat laporan polis pada 2/8/14, menurut kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil KL, ACP Izany Abdul Ghany.
Kes ini disiasat atas Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer.
(Berdasarkan laporan Mstar oleh Austin Camoens.)
No comments:
Post a Comment