Muzik Rencah Kehidupan

Welcome to my blog. Hope you enjoy all the lyrics that I shared here. Muzik rencah hidupku.

Your comments are most welcome. :)

Wednesday, February 5, 2014

Senarai Kutipan Filem Tertinggi dan Terendah Tahun 2014 (as at 18/1/15)

Senarai Kutipan Filem Tertinggi dan Terendah Tahun 2014 (Filem Melayu)


Kali ni Hanna senaraikan Filem Melayu yang terlajak laris dan filem yang kurang sambutan (hanya) dipanggung.  Filem Melayu yang kutipannya kurang dari RM0.30 juta akan disenaraikan dalam carta filem dengan kutipan terendah manakala filem yang kutipannya RM2juta ke atas akan disenaraikan masuk carta sebagai filem laris.  Kalau kutipan melebihi RM5juta, kira dah terlajak laris la okay, tapi buat masa ini tak ada pun filem yang kutip RM5juta.

Ada penerbit mengeluh yang Finas tak update kutipan betul-betul. Hanna harap mana-mana penerbit yang melihat kutipannya tidak dikemaskini dengan betul oleh Finas hendaklah minta Finas kemaskini kutipan yang dipaparkan dalam website Finas.  Kena push few times baru dapat update yang betul, sebab dah berlaku kepada beberapa filem sebelum ni.  Staf Finas pun manusia biasa gak, maybe ada typo error atau apa-apa permasalahan yang kita tak tahu. Anyway, Hanna buat list kat blog ni berdasarkan laporan Finas dalam websitenya, siapalah Hanna nak tukar sesuka hati. Lagi satu, list ini hanya berdasarkan kutipan panggung wayang sahaja, so kalau penerbit jual kat oversea ke, kat AstroFirst ke, kat stesen TV lain ke atau jual DVD dan dimana jua, tak termasuk la dalam senarai ini sebab bukan semua penerbit nak share dengan Hanna berapa jumlah jualan filem mereka, betul tak?

Semuanya ada 52 Filem Melayu ditayangkan utk 2014, dua je masuk carta Kutipan Filem Tertinggi 2014 (kutipan melebihi RM2 juta). Hampir separuh daripadanya dalam senarai kutipan kurang RM300ribu.  So, peminat filem.... jom la ke panggung dan semarakkan kutipan filem Melayu :)  Ada banyak pilihan di panggung sekarang ni.

Setakat 18/1/2015 ada 52 Filem melayu dah di tayangkan tahun 2014 dan berikut adalah kutipan terendah dan tertingginya:

Kutipan Filem Terendah 2014 (Kurang Laris)  Kutipan RM300 ribu ke bawah
Filem / Kutipan / Jumlah Hari tayangan / Terbitan / Pengarah
1. Dangerously Love       RM13 ribu (14 hari) - Sheunik Sdn Bhd - Yusof Kelana
2. Hantu Bukit Cina        RM29 ribu (15 hari) - Sheunik Sdn Bhd - TS Jeffrey
3. Supersquad The Movie RM31 ribu (14 hari) - Netcarbon Sdn Bhd - Mohd Rashdan Ramlee
4. Misi Tawan Baby         RM51 ribu (11 hari) - SPS Jaya Sdn Bhd - Khalid Nazri
5. Muka Surat Cinta       RM79 ribu (13 hari) - Metrowealth - Pierre Andre
6. Mistik Syirik Tahyul    RM104 ribu (14 hari) - Genius Parade S/B- M Subash
7. Rentap                         RM126 ribu (25 hari) - Double Vision S/B - Simon Long
8. Sniper                          RM130 ribu (14 hari) - Metrowealth - Pierre Andre
9. Fobia Malam Pertama RM140 ribu (14 hari) Nusantara Seni Karya - Murali Abdullah
10. Pintu Neraka               RM140 ribu (21 hari) - Cahaya Karya Warna S/B - CK Wong
11. Lelaki Harapan Dunia   RM150 ribu (14 hari) - Everythings Film S/B - Liew Seng Tat
12. Laga                             RM160 ribu (13 hari) - Business Leader Film - Ismail Yaakob
13. Awak Nak Kahwin Dgn Saya? RM221 ribu (12 hari) - MIG - Eyra Rahman
14.  Jin                               RM223 ribu (28 hari) - 3Line Media S/B - Pierre Andre
15. Cara Mengundang Hantu RM245 ribu (14 hari) - Genius Parade S/B - Renbash
16. Lu, Gua, Bro                RM246 ribu (14 hari) - Metrowealth - Ismail Bob Hashim
17. Apokalips X                 RM253 ribu (15 hari) - Tayangan Unggul - Mamat Khalid
18. Cerita Hantu Malaysia RM266 ribu (19 hari) - 3 Line Media S/B - Pierre Andre
19. Kasut Ku Kusut           RM278 ribu (17 hari) - MIG Picutures - Pierre Andre
19. CEO                             RM290 ribu (18 hari) - ARA Film Sdn Bhd - Razaisham Rashid
20. Rumah Sewa RM50    RM296 ribu (15 hari) - Galaksi Seni S/B - M Jamil


Kutipan Filem Tertinggi 2014 (Laris) Kutipan RM2juta ke atas
Filem / Kutipan / Jumlah Hari tayangan / Terbitan / Pengarah
1. Abang Long Fadhil      RM4.61juta (29 hari) - SKOP Production - Syafiq Yusof
2. Balistik                        RM2.27juta (21 hari) - Suhan Movies & Trading - Silver


*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*

Nota kaki ISA (Ikut Suka Aku)

Nota ISA 18/1/15
Filem Terbaik Dari Langit dikeluarkan dari senarai Kutipan Filem Terendah tahun 2014 kerana dah kutip RM418 ribu. Untuk tahun 2014, sebanyak 52 filem berbahasa Melayu ditayangkan di pawagam dan 20 daripadanya mengutip kurang daripada RM300ribu. Hanya 2 filem yang kutip lebih RM2 juta.  Memang suram kutipan panggung bagi kebanyakan filem. mmmm.......

Nota ISA tahun baru 5/1/15
Rasa-rasanya filem Kasut Ku Kusut mungkin boleh kutip sikit lagi dan melepasi RM300K dan tak masuk senarai kot, so Hanna tak masukkan ke dlm blog ni. Filem Rentap, Cerita Hantu Malaysia dan Terbaik Dari Langit akan masuk senarai kalau hujung minggu ni tak dapat kutipan yang memberangsangkan. Tunguuuu.......

Nota 23/12/14
Confuse bila tengok kutipan filem Behind The Scene dan filem Mana Mau Lari exactly sama RM363,155.50.  Tentunya salah satu kutipan tu typo error. Kita tunggu la kalau2 mereka update semula minggu ni. Caption page Finas tu Hanna letak kat bawah ni.  Sementara tu filem Lelaki Harapan Dunia masuk ke senarai kutipan filem terendah di tangga ke 11.  Macamana dengan filem Rentap? Mampukah ia berentap dipanggung dengan mcam-macam cerita antaranya Gila Baby, Manisnya Cinta Di Cappadocia, Ophilia, Kasut ku Kusut dll? Kita tunggu je la....
Satu lagi... sepanjang tahun ni cuma 2 filem Melayu yang kutip lebih RM2 juta......... mmm... serammm la wehhh.....

70.20.11.14KAKI KITAIMIG PICTURES SDN.BHD.AKSI / KOMEDI5421549,783.00Selesai Tayang
71.BEHIND THE SCENEJUST WORK ENT. SDN.BHD.SERAM5521363,155.50Selesai Tayang
72.27.11.14MANA MAU LARITAYANGAN UNGGUL SDN.BHD.KOMEDI5214363,155.50Selesai Tayang
73.LELAKI HARAPAN DUNIAEVERYTHINGS FILM SDN.BHD.KOMEDI / DRAMA4314149,639.50Selesai Tayang
74.4.12.14RENTAPDOUBLE VISION SDN.BHD.AKSI / KOMEDI / DRAMA6311108,909.00Sedang Tayang
75.GILA BABY PRIMEWORKS STUDIO SDN.BHD.AKSI / KOMEDI4811458,976.50Sedang Tayang
76.11.12.143 BROTHERSTHE FILM ENGINE SDN.BHD.KOMEDI614372,272.50Sedang Tayang
77.MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA ASTRO SHAW SDN. BHD.KOMEDI / DRAMA / KELUARGA714434,161.00Sedang Tayang
Jumlah Keseluruhan71,283,522.28
*Kutipan terkini sehingga 15 Disember 2014
Unit Galakan Industri

Dikemaskini Pada 19/12/14 5:42 PM

Nota 19/12/14
Lamanya tak update blog sebab busy sokmo.  Filem Rentap mungkin masuk senarai filem dengan kutipan terendah jika kutipan tak memberangsangkan hujung minggu ni. Kita tengok aje la ye. Lelaki Harapan Dunia pun mungkin masuk senarai jugak..... tengok la camne kutipan kedua dua filem ni.

Nota 28/11/14
Filem Misi Tawan Baby semacam kurang pendedahan promosi, tau-tau dah di tayangkan kat panggung. Maybe ada promosi tapi tak cukup kuat. Tak dengar pun pasal iklan filem ni kat radio yg hot dan x nampak pulak iklan di tv yg Hanna tonton. Kutipannya selepas 11 hari kurang dari RM50 ribu.... musykil jugak la. Adalah filem ni tak cukup rencah? Di mana silapnya bile kutipannya tidak memberangsangkan?  Kalau weekend ni masih tak ramai orang tonton, nampak gaya ia mungkin akan kekal di tangga ke empat filem dengan kutipan terendah. Kita tunggu dan lihat saja la ya. Memang seram nak jadi penerbit filem di Malaysia kalau kutipan lembab macam ni... lebih seram dari segala cerita seram di wayang tuh.....

Nota 17/10/14
Nampaknya Amir & Lokman Pergi Ke Laut berjaya mengelakkan diri daripada masuk senarai filem dengan kutipan bawah RM300ribu sebab dah berjaya collect RM300.47 ribu. Lagenda Budak Setan 3 tak berjaya masuk senarai filem yang kutip lebih RM2 juta, begitu juga dengan Nasi Tangas.


Nota 30/9/14
Alhamdulillah. Setelah diganggu virus minggu lepas, minggu ni blog Hanna dah okey kembali.
Filem Lagenda Budak Setan 3 kini mengutip RM1.17juta untuk 15 hari tayangan. Adakah filem ini mampu masuk senarai kutipan melebihi RM2juta? Kita tunggu minggu depan ya.
Sementara itu filem Amir dan Lokman Pergi ke Laut mengutip RM110.8 ribu untuk 4 hari tayangan. mampukah filem ini mengelak dari dimasukkan ke dalam senarai filem dengan kutipan kurang RM300 ribu? Tunguuuuu.....

Nota 22/9/14
Tetiba aje posting ni kena serang virus. Apa kes?

Nota 4/9/14
Filem JIN bakal masuk senarai jika kutipan masih tak melepasi RM300 ribu. Mungkinkah Finas belum update kutipan sebenar? Mmm...

Nota 29/8/14
Filem terbitan 3Line Media Sdn Bhd, JIN, belum mendapat kutipan yang memberangsangkan. Mungkin hujung minggu ini kutipannya akan lebih baik dan semoga tak masuk senarai filem yang kutipannya kurang RM300K, di atas.

Selamat ke panggung dan beri sokongan kepada mana-mana Filem Malaysia. Kita dah merdeka, moga tak dijajah pemikiran pula. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 57. Saya Sayang Malaysia. Muahhhh.....

Nota 25/8/14
Selepas filem CEO, belum ada lagi filem Melayu yang kutip kurang dari RM300 ribu dan selepas filem Abang Long Fadhil, belum ada lagi filem yang kutip lebih dari RM2 juta. so senarai ni kekal buat masa ini.

Nota 14/8/14
Nampaknya kutipan filem melayu yang ditayangkan musim raya ni tak le teruk sangat.  Tak der filem yang di kutip kurang dari RM300ribu... tapi tak der jugak yang pecah panggung kutip lebih daripada RM2juta. Filem Mat tudung dan melepasi tahap RM1juta. Producer Mat Tudung tarik nafas lega la kot. Sebab tentu ada collection jual kat Astro First dan tempat lain gak.

Nota 4/8/14
Dah seminggu Raya. Mood raya masih ada tapi apakah seminggu bercuti membuahkan kutipan yang tinggi untuk filem Melayu tayangan musim raya, iaitu Tembus dan Mat Tudung? Tunggu la minggu depan untuk perkembangan selanjutnya. Untuk carta di atas, tiada yang berubah sejak awal Julai yang lalu. Tiada filem dapat kutip RM2 juta ke atas dan tak ada jugak yang kutip RM300 ribu ke bawah. Kutipan Filem Pengantin Malam RM1.69juta, so tak boleh la nak masuk senarai kutipan tinggi dalam blog ni.

Nota 23/6/14
Syafiq Yusof kini di dalam kelas tersendiri bila filem Abang Long Fadhil kini menguasai pasaran filem  di Malaysia.  Walaupun filem ini diluluskan LPF sebagai untuk tontonan 18 tahun ke atas, ianya tidak membantutkan kutipan filem di panggung.  Mungkin filem ini cukup rencah untuk menarik minat penonton ke panggung. Tahniah untuk Syafiq, filemnya kini nombor satu dalam senarai Filem Melayu paling laris di Malaysia 2014.  Sementara itu senarai filem yang dapat kutipan kurang dari RM300 ribu pun turut bertambah apabila CEO dan Supersquad The Movie bakal kekal dalam carta jika kutipan masih seperti dalam list di atas. Khabarnya filem CEO menarik, namun kenapa agaknya penonton tak mahu ke panggung?
Dah 25 filem Melayu di tayangkan setakat ini, 14 filem masuk dalam carta kutipan bawah RM300 ribu dan 2 sahaja kutip lebih RM2 juta. Lebih separuh filem Melayu yang di tayangkan adalah tak balik modal. Apakah maknanya?????

Nota 13/6/14
Senarai filem dengan kutipan kurang RM300ribu dah jadik 12 filem, jumlah filem Melayu yang ditayangkan setakat ni ada 21, separuh darinya kutip kurang dari RM300K.  Apa dah jadik weh???? Korang tak sokong filem Melayu ke?

Nota 3/6/14
Khabarnya Filem Abang Long Fadhil dah kutip RM2.1 juta utk tempoh 4 hari tayangan. Walau dihimpit kontroversi kerana dilabel sebagai utk tontonan 18 tahun ke atas, nampaknya ia tak memberikan kesan.  namun begitu, finas masih tak update lagi kutipan filem kat website mereka.  Setakat hari ni, website masih di takuk 26/5/14 dan filem yg bakal di tayangkan utk bulan 6 pun masih tak update. Kini kita dah ada 2 filem yg kutipannya melebihi RM2 juta. Tahniah utk Abang Long Fadhil.

Nota 21/5/14
Filem "Cara Mengundang Hantu" bakal kekal dalam senarai kutipan filem terendah menyandang tempat ke 8 kalau kutipannya tidak meningkat mendadak sebelum tamat wajib tayang.

Kalau anda fikir kutipan filem tahun lepas rendah, tahun ini lebih teruk lagi.  Kutipan filem terendah tahun lepas disandang filem Hello yang cuma mengutip RM50 ribu.  Tahun ini Dangerously Love hanya dapat RM12ribu dan Hantu Bukit Cina hanya dapat RM29 ribu.

Fenomena apakah yang sedang melanda filem Melayu Malaysia sekarang ni? Seram weh!!!!!!

******
Nota 16/5/14
Hanna tak akan pernah berani nak jadi penerbit filem Melayu di Malaysia kalau sambutan filem Melayu di negara sendiri macam ni.  Tambahan pula majoriti filem Melayu, pasarannya hanya di Malaysia. Nak tembus pasaran Indonesia pun susah. Singapura dan Brunei ada la jugak pasarannya walau tak seberapa.  So, ada sesiapa berani join the club, jadi penerbit filem Melayu untuk kali pertama?

Apa yang boleh kita simpulkan apabila daripada 16 buah filem Melayu yang ditayangkan setakat ini, 10 daripadanya masuk ke dalam senarai Kutipan Paling Rendah (kurang RM300 ribu) dan hanya 1 filem yang berjaya kutip lebih RM2 juta? Whoaaa...... memang tangkap leleh dibuatnya.

Update minggu ini, filem Dangerously Love atau dalam bahasa Malaysia nya "Bahaya Cinta" sudah merampas takhta filem Hantu Bukit Cina dengan kutipan hanya RM12.9 ribu berbanding Hantu Bukit Cina yang mengutip RM29 ribu.  Kedua-dua filem diterbitkan oleh penerbit yang sama namun pengarah yang berbeza, tetapi apa yang pasti pulangan kedua-duanya tidak memberangsangkan. Filem Sniper dan Apokalips X melengkapkan carta Top 10 Kutipan Filem Paling Rendah 2014 (bagi filem Melayu).

Apa lagi nak dikata, selain nasihat agar penerbit yang baru nak buat filem untuk kali pertama cari bisness lain kalau nak laburkan duit beberapa juta dengan harapan nak untung. Tapi kalau duit dah berkepuk dan memang tak nak untung dan memang niat nak sedekah, Hanna akan cepat-cepat bagi nombor akaun bank Hanna.  Boleh sedekah kat Hanna anak yatim ni.  Ahaksss.......

*****
Filem Lu, Gua, Bro bakal masuk senarai kutipan filem terendah jika kutipan masih tak memberangsangkan. Setakat 14 hari, kutipannya RM245 ribu. Kita tunggu aje la minggu depan ye.
Nota 25/4/14 :
Lu, Gua, Bro dah confirm menduduki tangga ke lima carta filem dengan kutipan kurang RM300 ribu.
*****
Filem Fobia Malam Pertama mungkin masuk carta Filem dengan Kutipan Terendah (bawah RM300 ribu) jika selepas Finas kemas kini, jumlah nya masih dalam lingkungan sekarang. Setakat ini kutipan yang dipaparkan Finas adalah RM138.5 ribu untuk kutipan 14 hari.  Dengar khabar, filem ni menghiburkan, tapi kenapa masih tak laris? Hanna belum menontonnya, so tak dapat la nak komen. Mungkin juga statusnya sebagai 18 membuatkan ramai remaja yang rajin ke panggung tak dapat nak menontonnya.
Nota 18/4/14 : 
Filem Fobia Malam Pertama sah masuk senarai kutipan filem terendah kerana kutip kurang dari RM300 ribu. 
*****
Nota 4/4/14:
Malang bagi filem Hantu Bukit Cina arahan TS Jeffrey terbitan Sheunik S/B apabila hanya mampu meraih kutipan RM29,698.50 di panggung.  Adakah penonton sudah jemu dengan filem seram? Adakah garapan filem ini kurang menarik? Hanna tak mampu nak komen sebab belum menonton filem ini.
*****
Note: Filem berbahasa Kantonis+English "The Journey" dah kutip RM12.92 juta setakat 23/2/14, penyandang Filem dengan kutipan tertinggi 2014 buat masa ini dan dah pecahkan rekod filem KL Gangster yg kutip RM11.74 juta pada tahun 2011. Filem Melayu? Untuk 2014 tak der satupun yang berjaya kutip lebih daripada RM2.5juta buat masa ni.  Suramnya Filem Melayu...... 
Terkini: The Journey dah kutip RM13.11 juta untuk 26 hari tayangan. Congrats!
Nota 7/3/14 : The Journey dah kutip RM15.2 juta mungkin ada harapan dapat RM18 juta. Tahniahhhh!!!!
Nota 18/3/14: Filem The Journey dah kutip RM16 juta. Memang masyukkkk!
Nota 28/3/14 : Filem The Journey dah kutip RM17.17juta. Filem Melayu???? mmmmm.....
Finally untuk 56 hari tayangan The Journey dapat kutip RM17.17 juta.
*****
Nota 7/3/14 :
Akhirnya Finas update figure mereka pada 5/3/14, Balistik kutip RM2.27juta untuk 21 hari tayangan. So kita dah ada list untuk Filem dengan kutipan tertinggi (setakat ni Balistik aje yg ada dalam list ni).  Kalau ada filem lain dengan kutipan melebihi RM2juta, kita boleh masukkan dalam list la ye.

Filem Muka Surat Cinta menepati jangkaan bahawa kutipan tak akan lebih RM0.3 juta berdasarkan kutipan pada minggu pertama, so duduklah dia ditangga teratas carta Kutipan Filem Terendah buat buat seketika.
Namun kini takhta untuk filem dengan kutipan terendah di rampas oleh Hantu Bukit Cina.

Filem Laga juga menepati jangkaan tak kutip lebih daripada RM0.3juta berdasarkan kutipan setakat 10 hari tayangan. Setelah habis tayang, kutipannya cuma RM160 ribu sahaja.  Perit jugak jadi penerbit filem kalau kutipannya lesu......
*****

Something to ponder:
Walaupun ramai orang dok kutuk filem M. Jamil yang bergenre seram dengan tajuk Rumah Sewa RM50, nampaknya kutipan filem dia tetap mengalahkan filem-filem yang rendah kutipan tahun 2013 iaitu:
Hello                                      kutip RM0.05juta (RM50 ribu sahaja)
Tokak                                    kutip RM0.11 juta
Psiko Pencuri Hati                  kutip RM0.11 juta
Misteri Bisikan Pontianak       kutip RM0.16 juta
Aku Pilih Kamu                     kutip RM0.16 juta
Pecah                                    kutip RM0.17 juta
Lemak Kampung Santan        kutip RM0.17 juta
Cerita Kita                            kutip RM0.18 juta
Awan Dania The Movie        kutip RM0.2 juta
Pada Suatu Cinta Dahulu       kutip RM0.2 juta
Malam Penuh Misteri            kutip RM0.22 juta
Balada Pencinta                    kutip RM0.27 juta
Chikaro                                kutip RM0.27 juta
1Lawan Satu                        kutip RM0.28 juta

Dan nampaknya filem Hantu Bukit Cina, Muka Surat Cinta dan filem Laga pun tak mampu kalahkan filem Rumah Sewa RM50 ni. Walau bagaimanapun, kutipan filem Muka Surat Cinta tak la serendah kutipan filem Hello tahun lepas. Tapi Hantu Bukit Cina cuma kutip RM29 ribu berbanding RM50 ribu yang dikutip filem Hello tahun lepas.  Suramkah industri Filem kita tahun ni????  Mmmm....

Tak ada formula khusus yg dapat tarik peminat ke panggung wayang. Cer tengok filem tahun lepas dan tahun ni punya kutipan. Tak sumer filem komedi orang suka (refer filem Hello yang cuma kutip RM50 ribu tahun lepas),  Tak sumer filem seram orang suka (refer filem Tokak, Misteri Bisikan Pontianak, Malam Penuh Misteri, Rumah Sewa RM50 dan Hantu Bukit Cina). Filem aksi pun belum tentu laku (refer filem 1Lawan Satu). Filem cinta lagilah tak boleh nak diharap sebab tak der yang mampu kutip macam Ombak Rindu dan kebanyakan filem bertemakan cinta memang la tak laris (refer Aku Pilih Kamu, Cerita Kita, Balada Pencinta dan jugak Muka Surat Cinta). Untuk penggiat Filem, moga anda terus berkarya dengan karya yang bukan saja bermutu tapi boleh menarik minat penonton ke pawagam.

@-}-------  @-}------


Kalau ada masa, minggu depan Hanna kemaskinikan lagi blog ni ya. Sementara tu, jom kita ke panggung, sokong filem tempatan.  Adios weh!



9 comments:

Anonymous said...

saya mmg penyokong kuat filem melayu....sebanyak 70 buah filem saya tgk di wayang...60 drpdnya ialah filem Malaysia.....

Hanna Zakarino said...

I sokong filem Melayu tapi byk yg I tak tengok sebab bila tengok trailer macam tak best aje.....

Anonymous said...

MOvie cerita CEO best laa..pe sal dpt tak smpai 300k pulak ni..

Hanna Zakarino said...

Penonton kat sini tak suka citer yang serius, bijak, yang perlu memikir atau citer yang artistik. Kalau nak kutipan tinggi buat citer lawak ringan mat rempit, lawak hantu yang tak seram atau buat citer gangster. selain daripada tu, susah nak masuk buku gamaknyer.

richard said...

Saya Richard Ung adalah penerbit HBC dan DL dua filem yg disenaraikan sebagai kutipan terburuk 2014. Kutipan HBC adalah lebih dari RM200k dan sebagai penerbit baru laporan kutipan FINAS nampaknya salah sangatkerana pengusaha panggung kurang berkerjasama.DL mengalami kutipan teruk kerana walaupun mendapat sijil wajib tayang cuma 22 panggung dimana 17 adalah yang lama dan buruk menayangkannya disebabkan politik dan mungkin kecuaian berlaku.Pihak kami sedang selidik dan mungkin tindakan mahkamah akan diambil kerana kami mengalami kerugian besar dan kerosakan imej syarikat. Ini pendedahan pertama kami kerana terbaca blog. TQ


Hanna Zakarino said...

Richard, hope that you can get justice. Dalam industri ini byk sangat kerenah dan red tape, kadangkala penerbit baru yang tidak tahu selok belok industri secara mendalam akan "terkena". Bukan mudah untuk menerbitkan filem lebih lebih lagi untuk mendapatkan keuntungan atas pelaburan yang besar. Wish you luck & may you find courage along the way.

Unknown said...

Terbaik

Anonymous said...

filem Melayu ada yg berkualiti tapi gagal di pawagam kerana :-
1.orang yg duduk dibanku besar tidak langsung mempunyai film sense only dokumentri sense dan tidak ada plan masa hadapan filem kita
2.orang orang yg own panggung langsung tak peduli film tempatan(wajib tayang masuk poket)
3.wang promosi tak cukup ,terlalu menharap free promotion
4.kita perlu hanya ada filem malaysia dalam bahasa melayu sahaja(seperti filem america0
5.astro first perlu dihentikan
SAUDARA KALAU BENDA INI BERTERUSAN FILEM KITA AKAN TERHAPUS fikir fikir kan la

Hanna Zakarino said...

Hanna sokong Srojanram.
Astro First kena dihentikan kerana langsung tak membantu kutipan filem kita.