Muzik Rencah Kehidupan

Welcome to my blog. Hope you enjoy all the lyrics that I shared here. Muzik rencah hidupku.

Your comments are most welcome. :)

Tuesday, August 20, 2013

Top 8 Lagu Patriotik Malaysia

TOP 8 : LAGU PATRIOTIK DAN PEMBAKAR SEMANGAT


Bulan Ogos ni bulan kemerdekaan dan Hanna rasa bersemangat sangat bulan ni. Tambahan pula Hanna terlibat menyiapkan gameshow sempena bulan kemerdekaan, untuk segmen Lagu-Lagu Patriotik.  Tambah bersemangat dibuatnya.  Untuk yang bakal join Gameshow ni hujung minggu ni, ini bukan soalan bocor ya. hehehe...

Ada banyak lagu Patriotik yang Hanna suka dan bagi Hanna inilah yang terbaik kerana susunan Lagu yang best dan Lirik yang penuh bermakna. Korang tentu ada pendapat dan citarasa sendiri dalam memilih lagu patriotik yang korang suka.  Walau bagaimanapun, dalam banyak-banyak MV untuk lagu patriotik, Hanna paling suka MV lagu Gemuruh Suara sebab menyatukan semua bangsa dalam satu MV dan nampak bersemangat dan hebat sangat. Bila tengok MV ni, terasa Hanna pun turut serta bersorak dan rasa dekat sangat jiwa ini dengan lain-lain bangsa yang sama memeriahkan bumi Malaysia ini.  Memang MV ni menimbulkan rasa bersatupadu terus ke kalbu. Yeah!

Jom check it out, lirik lagu berunsur patriotik serta memberikan inspirasi dan semangat. Senarainya adalah:

No 8
Sejahtera Malaysia - Roy

Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

( korus )
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia
boleh tengok MV lagu ni kat sini : https://www.youtube.com/watch?v=hzyvMJiL7YQ
No 7
Warisan  - Sudirman

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Tengok MV Sudir nyanyi lagu ni, klik kat sini: https://www.youtube.com/watch?v=1VzVSeRmmG4

No 6
Keranamu Malaysia

Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara



No 5
Standing in The Eyes Of The World - Ella

Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar “Standing In The Eyes Of The World”

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah

Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba
Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar “Standing In The Eyes Of The World”

tengok MV nyanyian Ella kat sinihttps://www.youtube.com/watch?v=5bjdNsc_cr8


No 4
31 Ogos - Sudirman

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Merdeka
Merdeka
Merdeka
Sudir nyanyi live kat sini : https://www.youtube.com/watch?v=ZZzTkj141pU
No 3
Setia


Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara
Tengok MV lagu ni kat sini https://www.youtube.com/watch?v=6I510l2MoE8

No 2
Gemuruh Suara - Team Malaysia

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!

Gemuruh suara,
Jadi bangsa berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,


Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia.
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

MV yang happening boleh ditengok kat sini : https://www.youtube.com/watch?v=GUCVXg5EcBY

No 1
Barisan Kita

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi

Menuju medan bakti

Video klip yg sempoi je tapi lagu tetap best kat sini: https://www.youtube.com/watch?v=Gswnyq7Wnco


My humble note: 

Diam tak diam, kini 21/4/14, entry ni dah dibaca sebanyak 1,200 kali (or 1,200 org?).  Baguslah kalau ada minat untuk mengetahui lebih lanjut tentang lagu-lagu Patriotik dan Pembakar Semangat Malaysia ni.  Tahniah kerana anda salah seorang yang membacanya.  
Malaysia dihatiku. Muahhh,.....


Setakat 5/8/14, entry ini telah di baca sebanyak 2,379 kali.  Terima kasih kerana anda salah seorang yang berjiwa Malaysia dan membaca lirik yang memberikan semangat ini. 

Kini dah 17/10/14 dan dah 7,742 kali entry ini dibaca oleh insan-insan yang berjiwa patriotik.  Moga dengan semangat patriotik sayangkan bumi Malaysia, kita akan sama-sama jaga keharmonian negara kita ini. Negara kita Milik kita. :)

17/11/14, entry ini telah 8,368 kali dilawati. Tahniah kerana anda salah seorang yang berjiwa patriotik dan mencari lirik lagu yang patriotik dan memberi semangat juang. Cintailah Malaysia. Malaysia dihatiku.





2 comments:

Anonymous said...

minta izin copy paste lagu ini yer~..:D

Hanna Zakarino said...

Okay Nurin khalidah.